Saturday, May 22, 2010

Analisis Undian

Chelsea,Chelsea!!!Tahniah diucapkan kepada pasukan yang bergelar The Blues kerana menamatkan rentetan kejuaraan Manchester United sebanyak 3 kali berturut-turut. Hajat Manchester United untuk mencipta sejarah menjadi kelab EPL pertama menjuarainya untuk kali keempat berturut-turut berkecai seperti cermin kereta kancil yang dilastik budak kampung sebelah.

Di sebalik kemenangan pasukan Chelsea yang tidak perlu diraikan sangat, mari kita meninjau analisis keputusan undian yang telah dilakukan di MINE YOURSELF. Bagi undian yang bertajuk WHO WILL WIN EPL 2009/2010, hanya 7 pengundi sahaja yang membuat andaian betul bahawa Chelsea akan memenangi EPL. Jumlah ini merangkumi sebanyak 31% undian. Manakala 54% iaitu seramai 12 undian memilih Manchester United sebagai calon juara, dan ternyata telahan mereka telah salah. 9% undian bagi Arsenal yang berada di kedudukan ketiga dan 1 undian untuk pasukan Manchester City. Kesemua 22 pengundi membuat keputusan tepat dengan tidak memilih Liverpool sebagai calon juara.

Bagi analisis undian kedua iaitu Which EPL CLUB WILL BE THE BIGGEST THREAT TO MANCHESTER UNITED IN 2009/2010, 7 pengundi yang merangkumi 31% telah memilih Chelsea dan Manchester City sebagai ancaman utama. Yang memilih Chelsea, tahniah diucapkan, tapi yang memilih Manchester City sebagai ancaman bagi Manchester United ternyata salah sebab City tewas 3 perlawanan musim ini. 22% memilih Arsenal dan 13% memilih Liverpool.

Adalah ditegaskan disini bahawa undian ini adalah untuk keseronakan semata-mata. Keputusan undian tidak akan membawa perubahan kepada kejuaraan yang telah berlaku. Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung-pengunjung Mine Yourself yang telah membuat undian. Adalah diharapkan bagi anda untuk terus memberi sokongan kepada blog ini dengan membuang undi bagi undian-undian yang akan datang. TERIMA KASIH!!!

No comments: