Monday, September 29, 2008

Request Lagu @ Video!!!!

Kepada sape2 yang ingin mendownload lagu atau video klip...sila requestkan pada saya..nanti akan diletakkan link untuk anda mendownload nyer...
buat permulaan, diletakkan lagu ini...

ungu - sesungguhnya

Mari Buat Bandar...

MyMiniCity - ialah satu permainan untuk membina bandar anda sendiri. Dari sebuah kampung, setiap kali dalam satu hari anda masuk melawat atau kawan2 anda melawat ke bandar anda, seorang penghuni baru akan bertambah dan bandar anda akan makin maju. Begitu juga dengan pandapatan sampingan. Permainan ini memang paling mudah sekali di alam semesta, tak perlu fikir banyak, cuma melawat je setiap hari, kira anda macam wakil rakyat datang melawat tempat sendiri untuk meninjau keadaan.

Tengok Bandar Betelvalley! - Bandar Betelvalley!(sila klik)

Ingin membuat bandar anda - My Mini City(sila klik)

Tuesday, September 23, 2008

Demokrasi

1.Dalam kemelut politik negara yang semakin meruncing sekarang ini, saya terpanggil untuk menulis sesuatu yang mungkin berguna kepada kita semua.
2.Sesuai dengan pemerintahan yang berkonsepkan demokrasi berparlimen, saya teringat kepada satu peristiwa yang berlaku ketika saya sedang belajar di sebuah universiti antarabangsa di ibu negara.

3.Saya pada ketika itu memegang jawatan sebagai ketua kepada satu biro di bawah persatuan jurusan yang diambil.
4.Oleh kerana berlaku kekosongan bagi jawatan ketua biro untuk biro yang lain, presiden persatuan kami tampil mencadangkan muka baru untuk menggantikan ketua biro lama yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Keputusan mencadangkan nama itu sebenarnya lebih tepat lagi dipanggil melantik secara tidak langsung muka baru itu ke jawatan tersebut.
5.Alasan yang digunakan presiden kami ketika itu ialah, nama yang dicadangkannya itu mengetahui selok-belok persatuan kami dengan secara total. timbul kemusykilan di hati kecil saya kerana bagaimana orang luar yang tidak berada di dalam persatuan boleh mengetahui kisah "rumahtangga" persatuan kami secara total.

6.Saya sebagai ahli yang lantang bersuara ketika itu membantah sekeras-kerasnya pelantikan itu kerana merasakan bahawa itu bukanlah amalan yang patut dilaksanakan. Saya lebih suka melihat berlaku pertandingan yang sihat untuk melantik seseorang ke jawatan tersebut.

7.Untuk melihat amalan demokrasi subur di dalam persatuan kami, saya lantas menyuruh salah seorang ahli jawatankuasa biro saya untuk mencalonkan dirinya bagi merebut jawatan tersebut.
8.Ini adalah tidak lain sebagai satu reaksi kepada satu tindakan yang mana dilihat sebagai untuk membunuh demokrasi itu sendiri. Tindakan saya itu dilihat sebagai untuk memecah-belahkan ahli tetapi perpecahan yang serius boleh berlaku jika pertandingan tidak dilakukan.
9.Ketika kempen bagi mengundi calon yang menawarkan diri itu, memang tidak dapat dinafikan berlaku sedikit perselisihan faham antara ahli. Ahli persatuan kami ketika itu bolehlah dianggap berpecah kepada 2 pasukan.Pasukan yang menyokong calon presiden dan pasukan yang menyokong calon saya.
10.Seperti biasa, calon yang disokong oleh presiden atau sesuai di gelar yang disokong oleh "kabel" yang kuat memenangi pertandingan itu dengan majoriti lebih daripada separuh.

11.Selepas keputusan diumumkan, saya dikerumuni oleh ahli-ahli yang menyokong saya kerana berasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku ketika pengundian. Saya cuma sekadar berharap ahli-ahli yang menyokong calon saya supaya pasrah dengan keputusan itu.
12. Dalam ucapan selepas keputusan diumumkan, saya dengan tegas berkata bahawa saya pasrah dengan keputusan tersebut, kerana ini dapat dilihat sebagai memberi ruang kepada amalan demokrasi itu untuk bernafas.

13.Saya juga berharap agar ahli-ahli yang dulunya berpecah kembali bersatu dan menerima dengan tangan yang terbuka ketua biro baru yang dilantik melalui amalan demokrasi yang sah.

14.Selepas dari peristiwa itu, ahli-ahli persatuan kami kembali bersatu dan bersama-sama menjulang persatuan kami sebagai antara persatuan yang aktif di universiti.
15.Disini saya ingin menekankan sesuatu supaya janganlah kita dengan sengaja membunuh amalan demokrasi hanya kerana kita berkuasa. hendaklah kita mendengar pandangan dari pihak yang berada di bawah. Biarlah ahli bersuara dengan mengundi,janganlah kita menutup mulut ahli dengan tingkah laku yang tidak sewajarnya.

16.Akhir kata, walaupun amalan demokrasi ini dianggap sebagi satu sistem yang buruk dan busuk, tetapi ternyata tiada sistem lain yang lebih baik dapat menandinginya.

First time!!!

Dis is my 1st time writing to dis blog...any kekurangan nanti aku akan repair...