Friday, May 28, 2010

Undian Piala Dunia

Siapa akan menjulang Piala Dunia 2010???aku dah post kan poll kat sebelah kanan tu berdasarkan 8 terbaik lam ranking fifa.com...so sorry tuk fan2 France dan lain2 negara... jom kita undi dan penghujung world cup nanti kita tgk sapa betol sapa salah...

Pepatah

Org melayu mmg t'kenal dgn sikap dan sifat yg lemah lembut dan baik budi pekertinya. Org2 tua pun mmg terkenal dgn ayat2 ataupun ucapan2 yg sinis lg tinggi nilai bahasanya. Oleh kerana bangsa melayu dikenali sbg bangsa yg sopan dan baik, adalah janggal jika kita melihat org melayu itu melenting.

Buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali, peribahasa ini dicipta oleh org melayu zaman dulu kerana nak mengajar anak2 supaya sentiasa buat baik, tinggalkan yg jahat. org melayu ini hebat sungguh sbb islam juga menekankan perkara ini berdasarkan konsep amal makruf nahi mungkar. tp ada anak2 muda zaman skrg yg lebih suka buat benda2 jahat, mungkar, laknatullah dari buat bende baik. dah x igt tuhan pe???tp masalahnya..dah terhantuk baru nak terngadah...

Ada antara peribahasa org melayu, Kalu makan cili dier terasa pedasnya. adalah sorang 2 ni..x lah ramai.. dah macam cacing kepanasan bila dengar@baca aku kembali menulis lam blog ini. sbb apa, aku pom x tahu...dan aku tak dak niat nak aim kat sape2...my article is universal...melayu, cina, india sumer mkn lada kan??dah tu, apa lu kecoh???duk canang sana sini lam blog sosial apa brg beb???nak taip pjg2 pom x leh...limited beb...kenape??baru dengar guruh di langit, air setempayan habis dicurahkan...takut ke??kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai...

ada suara2 sinis yg berkata, "x yah la tulis bende2 gni...buang masa je, byk lagi hal2 besar". aku tak mahu jadi sekali air bah sekali pantai berubah. pendirian aku tetap sama,dulu,kini dan selamanya...kalu dah salah, salah la...jgn sesekali nak menegakkan benang yg dah bsh...nampak mcm bodoh je duk p'tahankan bende yg salah tu...duk rilek2 dah la...dada masih tersorok oleh pekungmu...ibarat kata MB pahang...kalau kita mandi kat sungai dan nampak ada tahi lalu...baiik kita menyelam dan duk diam2 je...biar tahi tu lalu...kita x kotor, tahi x pecah...

aku bukan cam hang tuah lam PGL, tangan terikat dilangit, kaki terpasak di bumi...aku bukan celik tapi buta, petah tapi bisu, dengar tapi tuli...aku akan terus menulis sambil ingat-mengingati sesama kita...dan kau x yah nak cbuk2...bukan aku tuju kat ko...kerana aku melayu dan sayang bangsaku...tapi lebih sayang agamaku...

Ingat pepatah Mat Salleh 'close with your friend but enemy closer' you better watch out!!!

Saturday, May 22, 2010

Analisis Undian

Chelsea,Chelsea!!!Tahniah diucapkan kepada pasukan yang bergelar The Blues kerana menamatkan rentetan kejuaraan Manchester United sebanyak 3 kali berturut-turut. Hajat Manchester United untuk mencipta sejarah menjadi kelab EPL pertama menjuarainya untuk kali keempat berturut-turut berkecai seperti cermin kereta kancil yang dilastik budak kampung sebelah.

Di sebalik kemenangan pasukan Chelsea yang tidak perlu diraikan sangat, mari kita meninjau analisis keputusan undian yang telah dilakukan di MINE YOURSELF. Bagi undian yang bertajuk WHO WILL WIN EPL 2009/2010, hanya 7 pengundi sahaja yang membuat andaian betul bahawa Chelsea akan memenangi EPL. Jumlah ini merangkumi sebanyak 31% undian. Manakala 54% iaitu seramai 12 undian memilih Manchester United sebagai calon juara, dan ternyata telahan mereka telah salah. 9% undian bagi Arsenal yang berada di kedudukan ketiga dan 1 undian untuk pasukan Manchester City. Kesemua 22 pengundi membuat keputusan tepat dengan tidak memilih Liverpool sebagai calon juara.

Bagi analisis undian kedua iaitu Which EPL CLUB WILL BE THE BIGGEST THREAT TO MANCHESTER UNITED IN 2009/2010, 7 pengundi yang merangkumi 31% telah memilih Chelsea dan Manchester City sebagai ancaman utama. Yang memilih Chelsea, tahniah diucapkan, tapi yang memilih Manchester City sebagai ancaman bagi Manchester United ternyata salah sebab City tewas 3 perlawanan musim ini. 22% memilih Arsenal dan 13% memilih Liverpool.

Adalah ditegaskan disini bahawa undian ini adalah untuk keseronakan semata-mata. Keputusan undian tidak akan membawa perubahan kepada kejuaraan yang telah berlaku. Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung-pengunjung Mine Yourself yang telah membuat undian. Adalah diharapkan bagi anda untuk terus memberi sokongan kepada blog ini dengan membuang undi bagi undian-undian yang akan datang. TERIMA KASIH!!!

Wednesday, May 19, 2010

ANALISA JIWA ORANG KELANTAN

Rupa-rupanya tulisan penulis tentang ‘Hayati 1Malaysia Cara Samo So Kelate’ dalam Sinar Harian 12 Mei 2010 mendatangkan beberapa reaksi. Ada rakan-rakan dan pembaca tetap Ruangan Geger Sokmo mengirimkan emel dan SMS. Ada yang bersetuju dan ada yang meminta penjelasan tambahan. Antaranya, mempersoalkan bukankah jiwa orang Kelantan itu tebal dengan semangat kenegeriannya sehingga di mana sahaja, mereka menampakkan hati dan jiwa Kelantan itu! Jadi bagaimanakah dapat dijelaskan bahawa rakyatnya berhati Kelantan dan berjiwa Malaysia? Dalam tulisan asal itu, penulis cuma sentuh sekelumit sifat dan citra orang Kelantan dalam kehidupan politik, ekonomi dan sosial budaya mereka. Memang luas dan dalam kalau mahu dibahaskan.

Di sini penulis mahu tambah sedikit sahaja lagi. Rakyat atau orang Kelantan dari pelbagai keturunan etnik itu memang merasai nilai kesatuan dan perpaduan mereka. Ada peristiwa-peristiwa pengalaman politik yang boleh kita telusuri. Orang Kelantan tidak gemar kalau mereka dikatakan bersemangat kenegerian dan kedaerahan. Mereka lebih kekitaan dengan rasa ‘samo kito’. Mereka boleh berkelahi kerana politik dalaman tetapi bersatu hati dalam budaya. Bagi orang Melayu Kelantan, faktor agama menjadi pengikat mereka. Kadang-kadang kedegilan pun ada. Misalnya, ketaksuban negatif terhadap sesuatu yang mereka yakini, benar atau betul ditelan sahaja. Ada ketaksuban terhadap tokoh atau agama yang dipergunakan demi politik. Kadang-kadang orang Kelantan itu seperti orang Cina dalam berpolitik. DAP, MCA dan Gerakan tetap bersama untuk satu matlamat. Di luar Kelantan, kesatuan orang kelantan lebih kuat untuk bersama dan berkerjasama. Di Kelantan ada perpecahan politik, terutama Pas dengan UMNO, meskipun perpecahan tidak ketara dalam bidang-bidang yang lain.

Tun Dr Mahathir ketika mengulas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum 2000, apabila Kelantan tumbang kepada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), melabelkan kononnya orang Kelantan kuat dengan semangat kenegerian atau kedaerahan itu. Orang Kelantan marah. Pertarungan Mahathir-Tengku Razaleigh tidak boleh diterima rakyat Kelantan. Mereka mahu Melayu bersatu. Jadi sebab itu mereka menyatakan sikap mereka melalui pilihanraya. Calon pembangkang telah meraih belasan ribu majoriti undi, sesuatu yang luar biasa, misalnya belasan ribu majoriti Hajah Ilani Ishak ketika mengalahkan Tengku Ahmad Ritahudeen. Maknanya ahli UMNO tidak undi UMNO pun, kerana marah. Situasinya bagaikan gelombang.

Ada satu ungkapan Kelantan berbunyi, ‘Kalau sukakan seseorang, ayam tengah mengerang pun disembelih, kalau benci, hampas budu pun tak diangkat’. Apakah orang Kelantan bersikap kenegerian, sedangkan PRU 2000, 2004 dan 2008, ada ‘orang luar’ diberi tempat. Mohamed Sabu, Daeng Mariok, Nasharuddin Mat Isa, Dr Mohd Hatta Ramli, Sallehuddin Ayub, Saifuddin Nasution menjadi Ahli Parlimen bukan di daerah asal mereka. Jauh sebelum itu Zulkifli Muhammad adalah orang Perak. Maknanya orang Kelantan tidak tolak ‘orang luar’. Kalau bermain dengan orang Kelantan, mereka akan kata ‘kito ni oghe mikir, kito tahu gapo hok kita nok’. UMNO dan BN ada harapan kembali dengan syarat ketua-ketua jangan bercekah, hormat menghormati dan tunjukkan satu padu itu. Di Kelantan yang kuat adalah rakyat. UMNO dan BN lemah kerana percakaran dan sifat egoistis atau agah. Cuba perbaiki dengan sifat keimanan, takwa dan benar-benar ikhlas.

Ramai anak-anak Kelantan berjaya di luar Kelantan, menjadi tokoh ilmuan, agamawan, sarjana, pentadbir, korporat dan kongolemerat yang cemerlang. Dengan nilai-nilai agama dan budaya di dada, mereka membantu mendorongkan kemajuan negara. Betapa ramai orang Kelantan berhijrah secara kekal atau sementara ke Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Johor dan ke negeri-negeri lain ‘mencari makan’ dengan membuka perniagaan, restoran, berkerja dengan kerajaan dan swasta. Hal sedemikian tidak sewajarnya diperlekehkan mereka atau negeri mereka akibat kesan dari terencatnya kemajuan Kelantan. Kuala Lumpur bagaikan negeri kedua bagi orang Kelantan dan mereka berada sehingga Sabah dan Sarawak.

Peluang-peluang memang banyak di luar Kelantan. Mereka berada di luar Kelantan, sebab Malaysia itu negara mereka. Kehadiran mereka, sekurang-kurangnya boleh meningkatkan penglibatan bumiputera dalam segala macam bidang. Mereka sama seperti bumiputera yang lain, tidak mahu menjadi warga negara kelas ketiga. Hal ini sesuai dengan gesaan bahawa setiap anak Malaysia adalah potensi modal insan yang boleh maju kalau betul didikan dan diberi peluang. Generasi muda Kelantan juga melimpah di pusat-puat pengajian tinggi awam dan swasta, institut pendidikan guru dan kolej-kolej bahkan di luar negara. Di Kelantan peluang pekerjaan sangat kecil, industri, kilang-kilang tidak berkembang. Faktor politik menjadikan Kelantan begitu. Perubahan politik drastik boleh berlaku, jika ada perubahan sikap pemimpin.

Kelantan lazimnya penuh sesak dengan ribuan kenderaan setiap tibanya perayaan. Jalan raya melalui Gua Musang atau Grik-Jeli hampir tersumbat, jika sehari dua sebelum Aidil Fitri. Setiap hari pun, puluhan bas ekspres berulang alik ke Kuala Lumpur dan ke bandar-bandar utama di Semenanjung. Pesawat Air Asia, Firefly dan MAS tidak kecewa dengan jumlah penumpang. Natijahnya bahawa orang Kelantan itu dinamik, suka bergerak, melancong, membawa barang dagangan, ziarah dan sebagainya. Di sekitar Kota Bharu, kedai-kedai makan boleh dibuka sehingga larut malam. Kopitiam muncul bagaikan cendawan. Natijahnya mereka suka berbelanja, secara kecil atau sederhana. Ibu bapa masih menerima ratusan ringgit dari anak-anak mereka yang berkerja di luar Kelantan. Bank-bank tetap segar. Ekonomi menjadi hidup dan kemesraan manusia bertaut, meskipun tidak sehebat ibu kota.

Jika formula 1Malaysia diharapkan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi, maka kedua-duanya memang ada pada jiwa orang Kelantan. Penulis bukan memuji sebab orang Kelantan pun ada banyak kelemahan. Kadang-kadang ketaksuban kepada tokoh-tokoh tertentu pun merbahaya untuk masa depan. Ada keyakinan dan kepercayaan melulu, sedangkan tidak semuanya benar dan betul. Ada orang berselindung disebalik agama, sebab agama memberi kekuatan dan nilai bersih atau tazkiyyah. Kepincangan begini pun patut diperhatikan dan dilihat bagaimana konteksnya.

Dalam konteks Kelantan, kalau dikatakan penerimaan, memang sedia ada unsur begitu. Para penulis bukan Melayu berasal dari Kelantan terus bergiat cergas dalam sastera kebangsaan atau menjadi pegawai kebudayaan dan tidak pun menegakkan sastera kauman atau sukuan. Nama-nama seperti Dr Lim Swee Tin, Awang Abdullah, Azlee Lee (Lee Chong Beng), Selina Lee, Eh Deng, Chua Tek Lui, Seri Neng Buah dan lain-lain. Tanya mereka tentang konsep ‘oghe kito’ dan ‘oghe luar’. Cara begitulah yang kita harapkan rakyat Malaysia menerima hakikat sejarah, kebudayaan dan sistem pemerintahan Malaysia.

Pada penulis nilai-nilai aspirasi 1Malaysia yang disarankan Perdana Menteri sudah tersirat dalam kehidupan Kelantan. Tentang kecemerlangan misalnya, ambil sahaja contoh kecil. Seorang penjual nasi dagang atau kuih muih akan sentiasa berlawan (berbadi atau bertewas) sedap masakan mereka. Orang akan tahu kedai Che Yah Din Nasi Daun Pisang yang sering menjadi tumpuan. Orang tahu ‘akok’ atau ‘lompat tikam’ mana yang paling sedap, di kedai Peringat atau di Pengkalan Chepa. Mereka bertewas wau, gasing, rebana, kertok, dikir barat dan segala jenis permainan dan kesenian tradisional yang menunjukkan semangat perlumbaan. Itu budaya kecemerlangan, mencapai terbaik dan kemenangan. Itu juga maknanya al falah.

Penerimaan prinsip-prinsip kenegaraan berteraskan Perlembagaan dan Rukun Negara, sesuatu yang dijunjung tinggi orang Kelantan. Mereka tahu keluhuran Perlembagaan Negeri. Orang Kelantan juga mahukan keadilan sosial. Mereka faham antara hak negeri dengan hak negara, hak antara kaum dan sebagainya. Untuk itu penterjemahan peruntukan Perlembagaan termasuk keseimbangan pembangunan dalam konsep kenegaraan seperti pendidikan, kemajuan agama dan infrastruktur sangat ditunggui. Wajah Kelantan boleh berubah kerana perangai rakyatnya, bijak dalam berkira dan lembut dalam berbicara. Sifat Melayu begitu, yang keras dilawan keras, yang lembut pada bijaksana. Jika ada seseorang cerdik pandai Kelantan tidak tahu membodek, menulis atau mengeluarkan pendapat yang tidak sama, itulah maknanya sebuah pendirian. Jangan melabelkan si dia itu penentang atau bukan pejuang, kerana kita jangan terperangkap dengan fitnah dan hasutan.

credited to: A. Aziz Deraman

KEMBALI

Aku nak mohon sejuta kemaafan pd followers Mine Yourself sbb telah lama m'hilangkan diri dan x update blog aku ni...maklum lah tgh cbuk dgn aku punyer LI...But, wif the effort i give during my LI i finished it succesfully...Thanks God. Lulus ke Gagal tu depends pada lecturer la...but i already done my best...thanks a lot to my friend Mr. Kuri because help me through that time...Byk bende yg aku nak upload kat blog ni buat m'gantikan apa yg aku sepatutnya buat semasa LI...

Yg x berapa best aku dengar pom ada gak...ramai yg mengenali aku di alam nyata bertanya,"asal x de entri baru, dah hilang sengat ke??" tu aku akan jwb lam entri akan dtg bertajuk "Pepatah". Sireh's Villager keep shouting tuk sambungan sinetron...Yes, citer tu akan disambung. puas ati???

buat masa skrg pom aku tgh cbuk m'hadiri PHP Training...tp i will try my best to post entri2 baru...u all just keep browsing my blog la...but here, i just wanna say to all my followers, friends, enemies...I"M BACK!!!