Tuesday, August 10, 2010

Tahniah

1.    Sudah lama aku tidak mencoret kata-kata atau luahan hati aku dalam blog ini. Jadi untuk kali ini aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menghamburkan ucapan tahniah aku untuk beberapa individu yang telah mencapai satu tahap yang memang patut diberikan ucapan tersebut.

2.    Ucapan tahniah yang pertama sekali aku tujukan kepada kawan-kawan aku yang telah melangsungkan perkahwinan iaitu bermula dari kawan aku ketika di SMKPG iaitu Norhidayati(T) dan Norhaziana(Che Nor). Tidak lupa juga kepada kawan-kawan dari MRSM Kopu iaitu Syahril(Pok Yei), Siti Hafiza(Lolong), Faris(Bulat), Zakiran(Mat Zek) dan Mauidi(Budu). Tanhiah juga aku tujukan kepada kawan-kawan dari UIAM iaitu Aminur Anwar(Minoq), Sa'edun, Mokhtar(Tart) dan Fariz Ismail. Aku juga ingin meminta maaf kepada rakan-rakan yang aku tidak mention di atas mungkin kerana aku tidak mengetahui akan hari bahagia kalian. Ampun juga aku pohon sekiranya undangan yang telah dihantar tidak dapat aku penuhi mungkin kerana kesibukan kerja dan sebagainya. aku cuma harapkan agar perkahwinan kalian akan direstui oleh Allah s.w.t dan akan kekal hingga ke anak cucu. Amin.

3.    Keduanya, aku ingin mengucapkan tahniah kepada skuad Bolasepak Kelantan yang bergelar naib juara Liga Super 2010. Peningkatan yang ditunjukkan oleh pasukan Red Warriors ini cukup membanggakan kerana mampu untuk menjadi naib juara bagi 3 kejohanan utama dalam satu tahun. Ianya bermula dengan naib juara Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Super. Sesungguhnya kesungguhan skuad ini memang tidak boleh dinafikan kerana muncul sebagai satu-satunya pasukan yang hanya kalah sekali dan bolos paling sedikit.

4.    Tahniah juga ditujukan kepada penyokong The Red Warriors kerana sanggup datang memenuhi stadium pada setiap kali perlawanan Liga Super. Jumlah penyokong yang hadir pada setiap perlawanan secara puratanya ialah 12,000 orang. Kelantan yang mengharungi 14 perlawanan di tempat sendiri telah mencatatkan jumlah kehadiran 168,000 penonton dan merupakan skuad yang barjaya mengajak kehadiran paling tinggi dalam musim ini. Jumlah ini telah mengalahkan kelab-kelab lain yang mempunyai stadium yang jauh lebih besar dari Stadium Sultan Muhammad IV. Kehadiran penyokong The Red Warriors juga tidak berkurang semasa perlawanan di ketika Piala Dunia masih lagi berlangsung. Diharapkan kehadiran penyokong masih lagi dikekalkan untuk perlawanan Piala Malaysia dan harapan kita untuk melihat ianya dijulang dibumi Cik Siti Wan Kembang menjadi nyata.

5.    Kepada 4 anak Kelantan yang berjaya dipilih menjadi anggota tertinggi dalam badan induk bolasepak Malaysia(FAM), saya ucapkan tahniah. Mereka ialah Tan Sri Annuar Musa yang dipilih menjadi Timbalan Presiden, Datuk Afandi Hamzah(Naib Presiden) dan Dato' Takiyudin Hassan serta Rosmadi Ismail yang dipilih menjadi Ahli Eksekutif FAM. Diharapkan pemilihan mereka ini mampu membawa perubahan pada landskap bolasepak Malaysia. Terutamanya ialah Tan Sri Annuar Musa yang telah jelas berjaya membawa Kelantan menjadi satu pasukan yang digeruni oleh pihak lawan.

6.    Congratulations to Manchester United by won the Charity Shields 2010. This title is important to the team because it can give the squad with the full of spirit to start the new season. This win also significant because winning it by beating Chelsea. The last three years proved that team who won the Charity Shield will win the Barclays Premier League. Goal from Valencia, Chicharito and Berbatov shows that this team are capable to win all the game this season. Hopefully the injury crisis that effect team last season will not happen again.

7.    Yang terakhir sekali ialah ucapan tahniah ditujukan kepada mereka yang membuang anak atau janin. Saban hari kita membaca di dada-dada akhbar tentang kes pembuangan ini. Pilu dan sakit hati kita bila membaca atau mendengar berita ini. Tahniah sekali lagi kepada kamu yang membuang bayi kerana jelas kamu telah berjaya mendapatkan apa yang orang lain tidak mahu, NERAKA jahanam. Bertaubatlah sementara pintu taubat masih terbuka. Kepada sesiapa yang ada niat nak buang bayi mereka, bagilah dekat aku, biar aku yang bela.

Monday, August 9, 2010

Salam Ramadan al-Mubarak

Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak kepada pembaca Mine Yourself. Marilah kita sama-sama mengharapkan Ramadan tahun ini memberi seribu satu makna kepada kita semua. Rebutlah peluang untuk melakukan amal yang baik supaya mendapat pahala berganda yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. Akhir kata, dari saya, jadikanlah bulan Ramadan ini sebagai satu platform untuk kita berubah supaya setiap langkah kita di dunia yang sementara ini mendapat keredhaan-Nya. Insyallah...