Saturday, December 3, 2011

Dongeng Sinetron: Dunia Pemancing (Episod 3)

kegembiraan Fatwa jelas terpancar di wajahnya kerana berjaya memancing ikan patin yang mana turut menjadi kegemaran kaki-kaki pancing yang lain. Walaupun sebelum ini Fatwa ada juga berjaya menaikkan ikan-ikan lain tapi patin ini cukup memberi makna kepadanya. Dengan tergesa-gesa,Fatwa pulang ke rumahnya untuk memasak ikan patin tersebut.
Sesampainya di rumah, Fatwa melihat Nizam belum pulang lagi,walaupun hari telah jauh lewat. Dengan air liur yang meleleh-leleh, Fatwa terus membawa ikan patin tersebut ke dapur. Di jirus-jirus air ke tubuh ikan tersebut, kemudian dipotong-potong menjadi kecil-kecil. Niat hatinya ingin menggoreng ikan tersebut.
Setelah siap digoreng,ikan patin goreng itu diletak diatas meja. Fatwa ingin menunggu Nizam pulang telebih dahulu kerana niatnya adalah untuk berkongsi patin tersebut. 
Deruman enjin motor 125z kedengaran di luar rumah mengejutkan Fatwa yang telah terlelap. Bunyi perutnya lagi kuat jika hendak dibandingkan dengan enjin motor Nizam itu. Selepas pintu rumah dibuka,

Fatwa:Je,mung gi mano??aku tunggu mung sapa jenero...
Nizam:Aku kabo doh ke mung kan??aku balik lambat skit, doh mung wat nape dop tdo lg??
Fatwa:Aku tunggu mung la...nok make sekali,aku goreng ikan hok aku buleh nie...mari la kito make sekali,ike patin nie...sedap...
Nizam:Owoh mung nie,aku kenyang doh nie...mung pom x kabo awl2 ngat nok makang sekali...aku makang luor nga member2 aku...
Fatwa:Mung gtu slalu...aku ajok make pom x sir...patin nie Je,patin...rugi mung x make...
Nizam:Aku x makang ikang2 darat nie Wa...mung makang rr sorang,aku nok g mandi luh...

Fatwa terkilan dengan sikap Nizam yang tidak mahu makan bersamanya, tapi tersenyum sebab dia boleh menghabiskan ikan patin ini seorang.
Nizam yang sedang mandi terkenangkan ikan patin yang di goreng oleh Fatwa tersebut."Sedap jugak ikan tu",dalam hatinya.

(Ikuti sambungannya dalam episod 4...)

Blogging back

Bila lama x menulis,rase janggal tu normal la...+ it's been more than 6 months aku x buat entry...alasan?? no solid reason aku bleh kasi, except malas,lazy dan perkataan yang sewaktu dengannya,(u name it)hahaha....
first thing come out from my mind bile aku blogging back nie, siapkan sinetron...aku made promise, n aku kena tunaikan...thanks god, i already managed to finish ep 3...stay tuned to read it okess...