Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya

Salam Aidilfitri diucapkan kepada pelayar blog Mine Yourself...Semoga raya tahun ini membawa seribu kemaafan dan kesyukuran...Banyak-banyakkanlah kunjung mengunjung dan bermaafan di hari yang mulia ini...Sekali lagi saya disini mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin.

Monday, September 14, 2009

Demam EPL III

Tiga kategori penyokong bola sepak:

1)Penyokong fanatik Manchester United (MU) yang mengikrarkan sokongan tidak berbelah bagi.

2)Kumpulan penyokong yang membenci MU yang digelarnya ABU (Anything but United/ Apa Saja Selain MU).

3)Kelompok yang mengangkat pemain bola sepak tertentu sebagai idola. Golongan ini tidak setia. Minat mudah berubah mengikut langkah dan hala tuju pemain diminati.

Dua golongan penyokong bola sepak:

1)Minat bola. Minat golongan ini sama seperti pemancing yang mencari lubuk terbaik untuk meraih tangkapan. Mana lubuk yang menjanjikan banyak ikan di situ akan ditujui.

2)Gila bola. Kelompok ini menjadikan bola sepak sebagai sebahagian darah daging. Minat mengatasi kemasyhuran pemain dan kekuatan pasukan secara keseluruhan. Minat ini tidak tergugat biarpun pasukan yang disokong menempah kekalahan.

Tuesday, September 1, 2009

Belasungkawa

Mungkin telah lambat bagi aku untuk mengucapkan selamat menyambut bulan yang penuh kemuliaan Ramadhan. Mungkin aku tiada masa untuk berbuat demikian pada awal ramadhan, atau pun mungkin aku lupa, atau mungkin...entah lah aku sendiri pun tak tahu. Ramadhan kali ini begitu memberi kesan kepada diriku walaupun pada ketika aku menekan papan kekunci ini belum separuh pun kita berpuasa. Ini kerana pada bulan yang begitu mulia inilah aku kehilangan moyang yang amat aku sayangi. Tidak setitik pun air mata ini berderai jatuh membasahi pipi, entahlah kenapa sedangkan hati ini pasti tersentuh bila mendengar berita-berita hiba. Di saat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku berada lebih 200 km jauhnya. Aku cuba untuk pulang menatap wajahnya sebelum jasad kakunya hilang di mamah bumi, tapi apakan daya pecutan 130 km/j keretaku tidak mampu melawan takdir Tuhan yang menentukan bahawa aku antara insan yang kekurangan. Beliau ialah insan yang bersama aku ketika diri ini masih lagi di rahim ibu, tetap setia memandikanku ketika kecil, patuh memanaskan air ketika diri ku merengek kesejukan di kamar mandi, pantas melumurkan bedak manambahkan haba di badan, mesra menyuap nasi ke mulutku, akur menghantar dan mengambilku di pagar sekolah walaupun jaraknya nampak di mata. Tiada lagi wajah tuanya untuk ditatap, tiada lagi ketawa hilainya untuk didengar, tiada lagi kulitnya untuk diusap. Hidupnya di dunia selama 95 tahun memberi peluang kepadaku mengenalnya selama 24 tahun. Pergimu begitu senang, selesa tanpa memberi kesusahan kepada sesiapa. Dirimu bak umpama sebutir mutiara di lautan yang luas yang sukar di cari ganti. Bersemadilah moyangku yang mesra ku panggil "Mok" di alam sana dengan aman, semoga rohmu dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah.

p/s: Bersemadilah dengan aman Membunga Bt Kassim.