Saturday, January 9, 2010

Pocong Oh Pocong!!

Gempar siyok kg aku!!! Gempar tahap gila babai la...kampung aku nan permai di landa pocong...bagi yg tahu ape tu pocong, pocong tu sejenis hantu yang berbungkus ngan kain putih, (kain kapan la kot), dikat di bahangian atas tengah dan bawah. Gerakannya hanya melompat.

Kisahnya bermula di sebuah tempat terpencil di kampung aku. tempat tu mmg keras la, sbb org tua2 selalu gak pesan yg tmpt tu dulu ade mcm jenis hantu. tempat tu dulu mana ader org tinggal sbb jauh ngan umah org lain, tp skang ader gak la yg berani pegi buat umah kat ctu. Areanya begitu menyeramkan dikelilingnya semak samun, ade beberapa rumpun pohon buluh yg berusia lam 50-60 tahun.

pada suatu malam, sepasang kekasih yang beranggapan bahawa tiada org yg berani meng'skodeng dorang buat projek, memakirkan keta kancilnya di ctu. + dekat ngan umah awek tu la plak...sedang mereka berasmaradana, pocong tadi muncul di hadapan keta mereka sambil melompat-lompat. Awek yang tgh syok tadi terus memekik dan segera meninggalkan pakwenya yang tgh stim berlari ke arah umahnya. Pakwenya yang telah kehilangan inci terus start keta dan blah dari ctu.

Pakwe tadi berhenti di satu kawasan umah, sebelum segera memecut keta pulang ke rumahnya. Keesokkannya, gempar la satu kampung yg ader orang diserang pocong. Yang laki tu demam bertampalkan "kokyok" 2 3 di kepala. awek pula lagi giler, histeria satu mlm beb, sampai panggil tok bomoh plak... yang herannya Tok Bomoh tu kate pontianak, tapi aku sure giler, bukan pontianak, pocong.

Aik??Mesti korang heran kan camne aku bleh sure pocong,kan?kan? sbb pocong tu bukan hantu, member2 aku yg bungkus diri buat2 jadi pocong. modus operandinya hanya nak menakutkan orang yang biaser dtg kat ctu buat taik maksiat...pakwe tu pom bukan org lain, member kami gak...yg pompuan tu lantak pi lah...yang nak tergelak sampai terkencing sampai skang member aku tu igt pocong betul...biarlah die ngan pocongnya dan Tok Bomoh ngan Pontianaknya...Pocong,Pontianak...Macam2...

Dunia Pancing



1. Sepanjang cuti semestar tahun lepas, aku sekali lagi menjadi seorang nelayan tegar. Bangun pagi, celik mata, terus ke sungai. x kisahlah memancing atau memukat. Boleh dikatakan hari-hari jadual harian ku x berubah.
2. x bosan ke? Rmai yg bertanya aku soklam camni...aku dengan bangga menjawab,"dah dunia aku dunia memancing, nak buat macam mana".
3. Ramai yang memandang serong aktiviti aku dan rakan2 yang sedunia denganku. Ramai yang mengatakan bahawa aku ini membuang masa memancing, bukannya dapat byk ikan pom, setakat sekor 2 tu buat hape!!
4. Dalam dunia mereka yang tidak kesedaran itu, mereka x tahu yang pasaran ikan air tawar begitu tinggi. Nilai sekor ikan toman mencecah RM 25/kg. Bayangkan kalau aku dpt sekor yg berat hanya 1/2 kg, dah RM 12.50 dah. Tu untuk sekor, belum lagi untuk jenis ikan2 lain seperti keli, patin, belida dll.
5. Biarlah hape org nak kata, asalkan aku bahagia dengan dunia aku sebagai pemancing ikan yg tegar. Bukannya kami mencuri pom, hanya mencari rezeki dari Yang Maha Pemurah. Amin.