Wednesday, June 2, 2010

Kutukan

1.    Tindakan Isreal yang menyerang dan menahan aktivis konvoi bantuan kemanusiaan ke Palestin memang sudah dijangka. Mereka berani bertindak walaupun serangan itu berlaku di perairan antarabangsa, bukannya di kawasan milik mereka. Keberanian mereka itu disebabkan mereka mendapatkan sokongan daripada Amerika Syarikat.

2.    Konvoi kemanusiaan dari pelbagai pihak membawa bantuan untuk rakyat Palestin bagi membantu mereka menghadapi kedaifan akibat sekatan demi sekatan Zionis. Sekatan yang dikenakan terhadap Palestin jelas membuat rakyat negara itu hidup menderita.

3.    Kita sebagai masyarakat antabangsa perlu melihat perkara ini bukan sahaja dari sudut agama semata-mata sebaliknya dari sudut kemanusiaan. Ini kerana mereka yang diserang dan ditahan itu bukan semuanya beragama Islam tapi dari pelbagai agama dan bangsa yang bersatu hati ingin membantu rakyat Palestin yang ditindas pihak Zionis.

4.    Sebagai masyarakat antabangsa yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat Palestin, kita seharusnya mengutuk serangan yang tidak berperikemanusiaan itu. Tetapi adakah cukup bagi kita dengan hanya mngutuk sahaja? Banyak yang boleh dilakukan negara dunia bagi membantu aktivis yang ditahan bersama kapal Mavi Marmara daripada hanya mengutuk kekejaman Israel ke atas misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza. Ini kerana dengan mengutuk Israel, mereka tidak peduli kerana kekejaman telah menjadi darah daging mereka, darah rakyat Palestin sudah menjadi minuman mereka.

5.    Seluruh dunia kini mengharapkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan ke atas rejim Israel berhubung serangan itu. Tetapi seperti biasa, Amerika Syarikat akan menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan usaha ini. Apa yang kita harap ialah seluruh dunia perlu mengatasi Amerika Syarikat yang membantu Israel sebelum kita boleh membantu Palestin.

6.    Serangan keatas konvoi kemanusiaan ini menyebabkan bantuan kemanusiaan kepada Palestin sekali lagi terbantut. Jika negara-negara Islam yang bersempadan dengan Palestin masih lagi berdiam diri dan tidak mahu membuka laluan, dikhuatiri rakyat Palestin akan lebih sengsara.

7.    Kita juga seharusnya mengutuk negara-negara Islam yang bersempadan dengan Palestin tetapi enggan memberi laluan untuk bantuan kemanusiaan. Apa yang beza antara mereka dengan Zionis dalam konteks kemanusiaan?

8.    Masyarakat antarabangsa sekali lagi diseru supaya bersatu hati dan memohon doa bagi kesejahteraan aktivis kemanusiaan tersebut. Apa yang kita harapkan ialah supaya dunia akan aman tanpa regim-regim yang zalim.

p/s: Tiada guna kutuk orang yang lambat mengutuk kerana kutukan tidak mampu mengubah apa-apa. Peace!! No War!!