Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha
Semoga hari raya ini membawa seribu keinsafan akan pengorbanan setiap insan kepada kita.
Insaflah...
Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka.

Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Scan Dulu Lelaki Mana Yang Tak Teruna

Isu sekarang bukan lagi pasal bolos.Rata-rata remaja sekarang dah bolos sebelum kahwin. Malah, menjadi trend bila ramai yang duduk sebumbung sebelum kahwin.Ni berkenaan hilang teruna. Susah betul nak kenalpasti lelaki yang sudah tidak teruna aka. second hand ni.

Musykil betul. Tidak mahu tersilap langkah.

Kadang-kadang bila berkawan, kita jarang ambil tahu latar belakang individu tu. Jangan ingat dengan berkawan kita tak perlu berhati-hati. Lelaki yang sudah tidak teruna mungkin diselimuti dengan ciri-ciri menantu yang gred A macam sopan, peramah, baik hati, riang ria, dan suka menolong orang. Halus, tapi bahaya.

Bila cerita panas sampai di telinga kita mula melatah...

Psst...ko tak tau ke, dia tu dah pernah buat projek dah wey...
Psst...ko tau tak...masa dia buat projek dengan minah tu, dia laju je, yang minah tu macam kayu sebab baru first time...
Psst...ko tau tak dia dah buat projek dengan anak orang lepas tu dia blah je...

Reaksi kita selalunya hampa , tak percaya dan terkejut...

Tapi.. dia nampak macam okay je beb?
Betul ke ni? Eh ko ni silap orang kot... dia kan baik orangnya...
Hah dia dah tak teruna? Patutla dia suka pandang aku semacam...!


Pendapat dan imaginasi aku berkenaan lelaki tak teruna :
  • Nampak relax bila bercakap dengan perempuan seksi.
  • Selalu bertukar-tukar pasangan mcm tukar baju.
  • Suka tengok perempuan atas-bawah-atas-bawah.
  • Salu salahkan perempuan yang dah bolos.
  • Relaks dan laju je mase buat projek sebab dah ada banyak skill.
  • Suka tabur janji untuk kahwin cepat supaya perempuan rasa yakin.
  • Suka test water perempuan,tengok perempuan bagi greenlight atau tak.

Atau perlukah buat sebegini.?Mungkin.

p/s : Oh. Hilang teruna dan tak teruna adalah satu konteks yang berlainan. Btw, harap semua anak-dara² tak terjebak dengan lelaki secondhand macam ni. Rugi .

credited to:{SilentlyCry}

Wednesday, November 18, 2009

Gomo Kelate Gomo II

Kelantan Jual Perlawanan?

Sudah terbit berita yang kurang sedap didengar di negeri Cik Siti Wan Kembang tentang pasukan bola sepak The Red Warriors. Ada sesetengah pemain yang didakwa menjual perlawanan pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang
Negeri Sembilan di Bukit Jalil. Siapa dan berapa yang dibayar aku pun tak berapa nak tahu.

Aku yang baru pulang ke Kota Bharu banyak mendengar khabar-khabar angin tentang ada pemain-pemain yang menjual perlawanan. Ya atau tidak, malaslah aku nak bagi komen. Tapi aku berharap sesiapa yang ada berita atau tahu tentang gejala yang mungkin boleh membunuh pasukan ini segera tampil memberi maklumat kepada pihak-pihak berkuasa.

Aku juga menyeru pada pemain yang mana ada mengambil rasuah, silalah bertaubat, hukum dunia nampak ringan sahaja, esok-esok....

Kalau difikir baik-baik, kalau ada pemain Kelantan yang menjual perlawanan, mesti ada yang membeli. Menurut khabar angin yang aku dengar, orang yang membeli adalah orang yang ada pangkat dalam FAM dan berkepentingan untuk Negeri Sembilan. Nilainya bukan sikit, juta-juta...

Khabar angin lain yang aku terima ialah KAFA diugut untuk memberi kemenangan kepada pasukan lawan jika ingin bertanding dalam Liga Malaysia musim depan. Al-maklumlah, KAFA ada beberapa kes tertunggak dengan FAM yang bersangkut paut pasal pembayaran gaji.

Inilah bola sepak...Malaysia.

Gomo Kelate Gomo I

Hari ini banyak terpampang di dada akhbar tentang final Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Apa yang lebih hebat lagi ialah banyak berita tentang pasukan yang kalah, Kelantan. Berita kekecohan atau mereka yang suka memprovok menggelarnya sebagai keganasan menenggelami berita kemenangan.

Negara kita pernah menerima kritikan daripada media bahawa pasukan bola sepak negara tiada peminat ekoran tiada sokongan daripada rakyat negeri-negeri yang bertanding. Tetapi, landskap bola sepak negara berubah selepas Kelantan layak bertanding dalam Liga Super. Fanatik yang ditunjuk oleh penyokong The Red Warriors membawa kepada kebanjiran peminat di stadium keramat, Stadium Sultan Muhammad IV.

Rata-rata penyokong Kelantan akan membanjiri stadium seawal jam 6 petang untuk memasuki stadium. Mereka biasanya akan berarak beramai-ramai sambil melaungkan tagline keramatnya, GOMO KELATE GOMO. Kelantan juga adalah antara pasukan yang mempunyai penyokong yang menunjukan antara corak sorakan yang menarik untuk di tonton. Sorakan ombak adalah yang paling menarik sekali dan cara ini tiada bagi pasukan lain kerana ombak biasa menarik bila dilakukan ketika stadium penuh dan ternyata stadium di Kelantan sahaja yang penuh.

Situasi ini tidak pernah dilaporkan dalam media massa. Sebab dan asbabnya mungkin mereka dengki dengan pasukan ini yang meningkat naik dan akan menjadi pencabar kepada mana-mana pasukan. Media lebih suka melaporkan berita yang negatif bagi pasukan Kelantan.

Berbalik kepada kekecohan di Stadium Nasional Bukit Jalil, penulis berada di sana pada hari perlawanan dari jam 11 pagi hingga 12 tgh malam. Ini cukup memberi maklumat kepada penulis untuk mencoretkan sesuatu.

*tiada kekecohan dilakukan penyokong Kelantan pada awal pagi hingga petang.
*provokasi bermula dengan penyokong Negeri Sembilan mengingkari arahan polis dengan berarak sambil memukul gendang melintasi lautan penyokong Kelantan. Disinilah bermula adegan membaling botol.
*pihak polis juga perlu bertanggung jawab dalam kejadiam merempuh pagar pada hari itu. Mereka yang ada otak patut membuka pintu kerana keadaan pada masa itu dengan hujan yang lebat pastinya sesiapa pun akan berusaha mencari tempat untuk berteduh. Lembu pun pasti mencari tempat untuk berteduh. Bukan menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung, ikut sahaja arahan pihak atasan. Disuruh jangan buka pintu, patuh sahaja, kalau disuruh makan tahi, barangkali makan agaknya.
*pintu masuk hanya dibuka pada pintu hijau sedangkan ramai yang beratur pada pintu kuning. Ini juga patut dilihat oleh media sebagai satu provokasi pihak-pihak tertentu untuk mencetuskan perasaan marah penyokong. Kalau orang yang berfikir, mereka patut membuka banyak pintu bagi memberi keselesaan kepada penonton masuk. Tidak mungkin mereka tidak tahu bahawa ramai penyokong akan datang pada hari itu. Buta huruf dan buta mata agaknya.

Setakat ini sahaja untuk ini, sudah malas, boring dengan media massa yang bodoh lagi bangang. Menggelar orang tidak bertamadun tapi mereka yang nampaknya seperti itu. Ade aku kesah!!

Kelamin

Jutaan orang di dunia ini mengalami penyakit kelamin. Diantaranya berumur 15-24 tahun. Mereka tidak menyedari kesan sampingan penyakit ini. SEBARKAN FAKTA INI, BUKAN PENYAKITNYA.