Monday, January 10, 2011

Azam

Azam bukannya seorang pelajar pintar. Tetapi mempunyai satu perangai pelik yang membolehkannya berada di kalngan pelajar-pelajar yang boleh dianggap genius. Semakin hari semakin pelik sehingga membuatkan teman sebiliknya  berasa tidak kagum dan kurang menghormatinya.
Dulunya, Azam tidaklah sepelik sekarang ini. Hidupnya sempoi seperti kanak-kanak di taman permainan berhampiran rumah sewanya. Azam boleh bergurau senda dengan teman-temannya dan duduk sambil minum petang bersama-sama.
Tetapi, hari tidak selalunya cerah, tambahan lagi sekarang ini musim tengkujuh. Perangainya semakin lama semakin pelik. Dan tidak disangka-sangka, telah muncul benda hitam yang semakin lama semakin besar dibelakangnya. Setiap kali Azam berkata sesuatu yang pelik, benda hitam itu semakin besar dan membesar seperti perut orang yang terkena busung.
Sampailah pada suatu saat dan ketika, Azam tidak mampu untuk menanggung lagi benda hitam yang selalu sahaja mengekorinya kemana sahaja dia pergi. Pada ketika itu barulah Azam sedar bahawa benda hitam itu ialah bayang-bayangnya sendiri. Walaupun puas dia cuba menghalau bayang-bayang itu, nyata ianya tidak akan lari tetapi sentiasa mengekori diri Azam. Dan nyata sekali bayang-bayang tidak akan mendahului pergerakan Azam kerana Azamlah yang mengawalnya.

p/s: Cermin diri bukan hanya melalui cermin.