Wednesday, March 25, 2009

60 EARTH HOUR

SATURDAY
28 MARCH 2009
2030-2130
VOTE EARTH
YOUR LIGHT SWITCH IS YOUR VOTE
This year, Earth Hour has been transformed into the world’s first global election, between Earth and global warming.
For the first time in history, people of all ages, nationalities, race and background have the opportunity to use their light switch as their vote – Switching off your lights is a vote for Earth, or leaving them on is a vote for global warming. WWF are urging the world to VOTE EARTH and reach the target of 1 billion votes, which will be presented to world leaders at the Global Climate Change Conference in Copenhagen 2009.
This meeting will determine official government policies to take action against global warming, which will replace the Kyoto Protocol. It is the chance for the people of the world to make their voice heard.
Earth Hour began in Sydney in 2007, when 2.2 million homes and businesses switched off their lights for one hour. In 2008 the message had grown into a global sustainability movement, with 50 million people switching off their lights. Global landmarks such as the Golden Gate Bridge in San Francisco, Rome’s Colosseum, the Sydney Opera House and the Coca Cola billboard in Times Square all stood in darkness.
In 2009, Earth Hour is being taken to the next level, with the goal of 1 billion people switching off their lights as part of a global vote. Unlike any election in history, it is not about what country you’re from, but instead, what planet you’re from.
VOTE EARTH is a global call to action for every individual, every business, and every community. A call to stand up and take control over the future of our planet. Over 74 countries and territories have pledged their support to VOTE EARTH during Earth Hour 2009, and this number is growing everyday.We all have a vote, and every single vote counts. Together we can take control of the future of our planet, for future generations.
VOTE EARTH by simply switching off your lights for one hour, and join the world for Earth Hour.
Saturday, March 28, 8:30-9:30pm.

Flip-Flop

1. Dalam kita menjalani kehidupan seharian, kita tidak boleh lari dari membuat sesuatu keputusan. Apa yang penting ialah, sesuatu keputusan yang dibuat itu haruslah dan mestilah difikir dengan sedalam-dalamnya. Ini supaya keputusan yang kita lakukan tidak akan dipertikai oleh mana-mana pihak.
2. Jika hari ini kita membuat keputusan A, maka keputusan A itu mestilah keputusan yang terbaik dan tidak memerlukan kita untuk menukarnya lagi. Jika kita menukar keputusan yang kita buat itu, maka akan timbul satu masalah yang berkaitan dengan integriti.
3. Integriti seseorang itu akan dipertikai sekiranya sering melakukan keputusan yang berbeza atau menukar keputusan. Keputusan yang bertukar itulah dikenali sebagai flip-flop.
4. Sebagai contoh, kita tidak perlu untuk pergi jauh untuk memahaminya, cukup sahaja melihat apa yang berlaku di dalam negara kita. Yang terbaru ialah keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan pemegang konsesi lebuh raya untuk menaikkan kutipan tol. Hari sebelumnya, kerajaan mengeluarkan pernyataan bahawa syarikat konsesi lebuh raya dibenarkan untuk menaikkan tol, tetapi setelah mendapat maklum balas awam, keputusan itu bertukar.
5. Hal ini jelas menyebabkan integriti kabinet yang membuat keputusan itu akan dipertikai oleh ramai pihak. Walaupun keputusan itu dilihat sebagai baik untuk rakyat, tetapi hal ini akan diambil kesempatan oleh pelbagai pihak untuk mempertikaikan kemampuan kabinet itu sendiri.
6. Keputusan flip-flop kerajaan ini adalah bukan perkara baru, kerana ianya telah terlalu banyak didengar atau di baca. Jika kita imbas kembali pada awal pemerintahan Pak Lah beliau telah banyak membuat keputusan yang akhirnya ditukar.
7. Antaranya ialah berkenaan dengan jambatan yang menggantikan tambak johor, projek landasan keretapi elektrik, KLIA@Labu dan lain-lain.
8. Ini memberi persoalan kepada rakyat apa yang sebenarnya dilakukan oleh kabinet semasa mereka bermesyuarat. Keputusan flip flop ini membenarkan perkhabaran bahawa pemerintahan Pak Lah adalah yang paling lemah sekali semasa Barisan Nasional berkuasa.
9.Semoga April ini dapat mengembalikan kabinet yang tidak akan membenarkan rakyat mendengar bunyi flop selepas flip. Selamat Bersara Pak Lah.

Tuesday, March 24, 2009

PPSMI - FAQ (Frequently Asked Question)

1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) ?

Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek Sains dan Matematik dalam ertikata yang sebenar.

Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam bidang teknikal

2. Kenapa perlu kuasai Sains dan Matematik?

Kerana Sains dan Matematik adalah subjek asas kepada bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan. Pemahaman Sains dan Matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti).

3. Kenapa mesti Bahasa Inggeris ?

Kerana 100% bahan rujukan untuk bidang-bidang sains dan teknologi adalah dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, dengan memahami Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kepada konsep dan fundamentals dalam bahan-bahan rujukan ini.

4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek Sains dan Matematik?

BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masih digunakan dalam kedua-dua subjek ini (walaupun secara dwi-bahasa). Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti), oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, menyukarkan pelajar untuk memahami konsep dan teori asas. Ia memerlukan masa untuk pelajar tersebut memahami terma-terma tertentu... Ini boleh menjejaskan pemahaman keseluruhan yang membawa kegagalan dalam menguasai konsep bidang yang diceburi. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuk segulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu.

5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ?

Sehingga kini, umat Islam yang merupakan umat terbesar di dunia hanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agama lain. Maka kita amat bergantung kepada bangsa Barat dan Yahudi dalam segala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidak mampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantung kepada barangan mereka.

Sehingga kini, kita hanyalah bangsa dan umat pengguna. Kita hanya mampu merintih, meratap dan menangis diatas kekejaman yang dibuat oleh orang Barat dan Yahudi terhadap Islam. Kita hanya boleh merayu meminta belas kasihan mereka. Lebih-lebih pun kita hanya mampu berkata "...mereka ini kejam ", "jangan buat begitu ", "...tolong hentikan serangan", "...mereka ini tak berperikemanusiaan lah"... dan pelbagai kata-kata lain.

Kenapa ? Kerana kita bukan bangsa atau umat yg dihormati diatas kejayaan kita menguasai teknologi. Kita adalah umat pengguna.

Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi. Bukan sahaja lulus dalam ujian...tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita (umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa Barat dan Yahudi tidak akan berani menindas dan menghina umat Islam. Kejadian di Palestin juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dan pengeluar teknologi.

6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dengan bahasa mereka ? Kenapa mereka tak perlu PPSMI untuk berjaya ?

Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yang menjadi pelopor kepada tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat untuk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan.

Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.

Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi.

Malaysia kini berada pada zaman teknologi yang telah melampaui zaman revolusi...malah bergerak lebih pantas dari yang dijangka. Kita berada di belakang teknologi yang mana bahasanya dikuasai oleh bahasa asing.

7. Kenapa kita tidak buat penterjemahan ke BM sahaja ?

Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil. Ini kerana perkembangan sains dan teknologi pada zaman ini amat pantas. Ianya bergerak setiap saat. Setiap saat, ada sahaja penemuan teori-teori yang baru.

Seperti jawapan no. 6, negara-negara seperti Jepun dan lain-lain telah mula mengkaji dan membuat penterjemahan semasa perkembangan teknologi bergerak perlahan (sebelum zaman revolusi lagi).

Sebagai contoh, Untuk memahami konsep asas transistor yg berasaskan silicon, kita perlu memahami konsep fizik silicon transistor tersebut. Oleh itu, sekiranya hendak membuat penterjemahan, kita perlu menterjemah buku-buku konsep asas fizik dalam semiconductor yang mempunyai pelbagai konsep yang kompleks. Perkataan-perkataan baru dalam BM perlu diwujudkan. Kesemuanya ini memakan masa dan masa yang menjadi penghalang kepada kita. Ini kerana, apabila kita membuat penterjemahan asas fizik utk silicon based semiconductor ini, orang-orang barat dan penyelidik lain telah pun mencari alternatif kepada silicon. Ini kerana saiz untuk silicon based transistor telah hampir ke saiz atom dan ianya tidak lagi boleh bergerak kehadapan. Maka wujudlah teeori-teori baru seperti RNA, DNA dan CNT (carbon nano-tube) based transistor.

Dimana kita ? Kita masih lagi membuat penterjemahan asas fizik untuk silicon based semiconductor. Selepas kita siap penterjemahan...pihak barat telah pergi jauh di hadapan dgn teknologi yang baru. Kita pula perlu membuat penterjemahan untuk teknologi yang baru ini. Ini hanyalah mengenai satu konsep yang kecil dalam bidang kejuruteraan elektronik. Bagaimana dengan bidang-bidang lain, konsep-konsep yang lain ?

Maka, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi...kerana kita sibuk dengan penterjemahan. Kalau kita berada di belakang teknologi, bagaimana kita mahu mencipta teknologi yang baru ? Dan kita akan sentiasa menjadi bangsa pengguna.

8. Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil untuk belajar Sains dan Matematik dalam BI ?

Sebenarnya, kanak-kanak kecil akan mudah memahami dan mudah mengadaptasi pembelajaran mereka. Sebab itu ianya penting untuk bermula semasa mereka masih kecil. Kanak-kanak kecil bermula sejak dari darjah satu, sekiranya didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa Inggeris dan tidak pernah menggunakan Bahasa Inggeris.

Anak-anak kecil yang berumur 6 tahun berbangsa Melayu yang mengikuti keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami Sains dan Matematik dalam BI. Anak-anak kecil ini berumur 6 tahun. Mereka tidak pernah berbahasa Inggeris. Ibu bapa mereka juga tidak pernah menggunakan Bahasa Inggeris dirumah. Tetapi, mereka masuk ke darjah satu di sekolah-sekolah di UK, belajar Sains dan Matematik dalam BI dan mereka boleh menjadi pelajar cemerlang dalam kelas masing-masing. Mereka berada dalam satu kumpulan bersama pelajar yang cemerlang dan sering memperolehi `reward’ diatas kecemerlangan mereka. Mereka membuktikan bahawa, walaupun tidak didedahkan dengan Bahasa Inggeris dan tidak tahu berbahasa Inggeris... mereka boleh menguasai dan berjaya. Kenapa ? Kerana kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka.

9. Tidak bolehkah BM menjadi bahasa sains dan teknologi ?

Boleh. BM boleh menjadi bahasa sains dan teknologi apabila kita sudah menguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasai sesuatu bidang teknologi, maka kita mampu menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru. Kita akan berada di hadapan teknologi. Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasilkan.

Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa Barat dan Yahudi perlu mempelajari BM untuk menguasai dan mempelajari teknologi yang kita hasilkan. Hasilnya, BM akan menjadi bahasa teknologi, akan menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia.

Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu yang kini dikuasai oleh Bahasa Inggeris.

10. Bolehkah dasar ini mencapai matlamatnya ?

Boleh. Sekiranya semua pihak berusaha sedaya upaya dalam memastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu berganding bahu menjayakannya. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini. Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat dan objektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras.

Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agar matlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Semua kita bertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kita, agama Islam bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-bangsa lain di dunia. InsyaAllah.

CREDITED TO:chewal.blogspot.com