Monday, October 19, 2009

Macam Barai!!!

Aku ader la baca blog member aku ni(Che We)...aku suka sgt satu phrase yg dier tulis...aku nak pinjam leh x?lantak la ko nak bagi ke x...it was stated:
"Rumah Terbakar Nampak Asapnya,Hati Terbakar,???"
4 me, it was sinis lg tulus...sinis tahap giler beb!halus sebesar zarah tp boleh menjadi barah...sape makan cili,telinga korang la berasap...nampak gak asapnya!!!Hrmmm.....macam2...

Sinetron:Dongeng Semut

Dogeng ini bermula di sebuah perkampungan semut di wilayah Semutopia. Di dalam kampung di wilayah pergunungan ini terdapat seekor semut jantan yang cukup tampan, lagi tampan dari Din Beramboi @ Cik Mat Poi. Ketampanannya menjadi kegilaan semut-semut betina di kampungnya. Semut jantan ini dikenali sebagai Satu.Sebab apa nama satu ialah semut ini adalah anak pertama buat Papa & Mamanya.

Oleh kerana mempunyai raut wajah yang tampan, si Satu ni menjadi playboy dan suka berfoya-foya dengan semut-semut betina yang disukainya. Banyak semut-semut betina telah menjadi mangsanya setakat ini, tapi masih belum yang menetaskan telur luar nikah. Bodoh jugalah semut-semut betina di kampung itu.

Oleh kerana dalam wilayah semut itu, tiada pegawai-pegawai yang menjaga hal ehwal kemaksiatan, maka si Satu bebas melakukan apa yang dirasa betul oleh fikiran ceteknya. Satu melakukannya tidak kira masa dan tempat, pagi, petang, siang, malam, di tanah, pasir, pokok, pantai, tapi tidak di dalam air.

Disebabkan si Satu ini acap kali membawa semut betina keluar untuk berfoya-foya, kegiatan tidak bermoralnya menjadi buah mulut semut-semut kampungnya. Ada yang tidak mahu mengambil kisah langsung, ada yang buat-buat buta, tuli dan cacat anggota, ada yang menyokong apa yang si Satu buat dan ada yang tidak bersetuju dengan perbuatan itu.

Kerana hanya ada beberapa ekor sahaja semut yang tidak suka akan perihal si Satu itu, ianya tidak dapat menandingi jumlah semut yang menyokong si Satu. Maka dengan itu jadilah semut yang sikit itu semut minoriti. Semut minoriti ini hanya boleh bercakap diantara mereka sahaja. Mengutuk dan mengeji sikap si Satu yang dianggap mereka sudah berlebih-lebihan.

Akan tetapi, dengan secara tiba-tiba, ketua bagi semut minoriti itu diberi kuasa dan bingkas bangun bersuara. Ketua itu menghalau si Satu dan semut-semut yang lain dari kampung tersebut. Maka berpindahlah si Satu dengan rakan-rakan semutnya yang lain ke kampung lain yang dikenali Tanjung Cicak yang teletak di lembah yang rendah. Walaupun telah berpindah, si Satu masih lagi dengan aktiviti rutinnya itu.

Selepas dari itu, kampung itu tidak lagi menjadi bualan atau ejekan dari kampung-kampung lain berhampirannya. Mereka hidup dalam keadaan yang harmoni untuk selama-lamanya.

Rumah Batu VS Rumah Kayu

Korang mesti tertanya-tanya psl aper aku letak title camtu?aku sendiri pom x tahu psl aper aku pilih tajuk ni...may be psl sifat aku yg sinis kot @ cara aku nak sindir org...sindir ke?ntahla...mane yg terasa aku mitak maaf awal2 lg...
Kalau korang la kan...mane yg korang pilih?Batu@Kayu?aku tgk la...kalu mak aku buat umah kayu,kayu la...kalu batu,batu la...dah tu yg mampu,kan?takkan aku nak menentang aper yg tlh ditakdirkan pd aku...ala, mcm peribahasa melayu la...hujan mas negeri org,hujan batu negeri sendiri, baik negeri sendiri...yeke peribahasa ni?aku pom x tahu...
kadang2 kan...aku heran gak la psl peribahasa ni...ramai yg tahu tp x ramai yg ikut...buat aper nak heran,Al-Quran yg 100% sahih pom x ramai yg ikut...ini pula peribahasa...
Bukan aku nak kate aku ni baik sgt...tp korang pikir la kan...ader gak sesetengah dari kita ni yg susah sgt nak terima takdir...bukan ko lah,org lain...kdg2 kita ni kena la blaja terima aper yg telah ditakdirkan...mane la tahu,esok2 kalu kita dpt bini@laki yg mula2 kita rase dah cantik tp ader kurap ke, panau ker? ke korang dah check dulu g/friend@b/friend korang sblm nikah? yg tu no komen la...masing2 tanggung la...
mungkin korang pikir aper la aku ni,bende mcm ni pom nak tulis...mungkin ader yg kate aku ni kampung la cara b'pikir...aku x amik port pom sbb aku kan duk umah kayu...Hrm...ade aku kesah?