Sunday, March 7, 2010

Dongeng Sinetron: Dunia Pemancing (Episod 2)

Di rumahnya, Fatwa menyiapkan barang-barang untuk aktiviti memancing ikan air tawarnya. Setelah manyarung jeans yang dibeli dari pasar borong dan T-shirt bundle, Fatwa segera memakai kasut yan tertera gambar buaya di kaki putihnya yang penuh berbulu itu. Sebelum sempat Fatwa menutup pintu untuk keluar memancing, teman serumahnya menyapa,

Nizam: Wa, mung nok gi duane smart2 ni?
Fatwa: Nate ni x gheti kelih ko??aku bowok batang ngail ni nok gi ngail ike la...
Nizam: Mung x mboh ajok doh aku dok??mung ingat aku x behi ko mancing ike ni??
Fatwa: Oloh mung Je, aku buke x sir ajok mung...mung nak2 male doh ke gi ngail...x cekat puah lagi...
Nizam: Bende sedap gini mane leh puah...x po la kalu gitu gak...aku pom benanya nok gi ngail gok malang ni...Tapi aku nok pesang se bende jah...malang ni aku kelik lambat skit...
Fatwa: Bereh la kalu gitu gak...

    Fatwa yang terasa bahawa dirinya telah lewat untuk memancing segera menaiki kereta baru keluaran Perolima, AVIV untuk ke tempat memancing. Keadaan keretanya yang selesa ditambah dengan haruman Ambi Pur jenis Lavender menyebabkan Fatwa enggan keluar walaupun tempat yang dituju telah sampai.

   SELAMAT DATANG KE KOLAM MEMANCING TENGKU CHIK

    Ketibaan Fatwa yang disambut dengan papan tanda diatas membuatkan gelodak hatinya untuk memancing semakin berdenyut-denyut. Dengan berbekalkan umpan dedak yang digaul bersama hampas kelapa. Fatwa mengepalkan kedua-duanya menggunakan kedua-dua belah tangannya yang sedikit berparut akibat terjatuh motor bersama-sama Pak Habib suatu ketika dulu. Umpan yang siap, dijolok-jolok ke dalam mata kail 'Bom' sebelum dicampak ke tengah kolam.

    Tidak sampai seminit mata kail mencelup air kolam, batang joran bergetar-getar minta ditarik keluar.Fatwa yang gembira kerana ikan termakan umpannya lantas menyentap jorannya. Sungguh tidak disangka ikan yang berjaya ditangkapnya kali ini ialah ikan patin. Dalam hatinya berkata,"Goreng pom sodap".

(Ikuti sambungannya dalam episod 3...)

2 comments:

Anonymous said...

Beruntung fatwa... bukn senang nk pancing ikan... ade "peneman" jgk barangkali fatwa nie...

nikaizat said...

Anonymous, untuk pengetahuan fatwa ni org cerdik pandai dalam bab pancing memancing ni...bak kata org, tahu hukum hakam dunia memancing ni...