Saturday, March 26, 2011

Earth Hour Datang Lagi...


Earth Hour datang lagi...Kempen Earth Hour yang menggalakkan kita untuk menutup semua punca-punca elektrik ataupun dalam erti kata lain bergelap selama sejam akan bermula pada jam 08:30-09:30 malam ini 26 Mac 2011.
Persoalannya ialah, adakah kita mampu untuk sama-sama mengikuti kempen ini??Ramai yang masih lagi ragu akan kempen ini dan ada yang tidak tahu atau tidak ambil kisah pun. Secara sedar ataupun tidak kita sebenarnya bersama-sama dengan ratusan juta penduduk dunia melakukan perkara yang sama. Dan perbuatan kita itu juga sedikit sebanyak membantu mengurangkan pemanasan global. 
Ada orang kata bahawa idea ini tidak boleh diikuti oleh orang Islam sebab ianya ialah hasil cetusan orang yahudi. Sebelum kita membuat apa-apa keputusan, marilah kita merenung firman Allah swt yang bermaksud,
"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."
Jadi tidak ada sebab lagi untuk kita tidak bersama-sama menjayakan kempen ini.

p/s:malam ini friendly Malaysia vs Etoile Fc jam 7:50...live kat TV pulak...

No comments: