Wednesday, November 18, 2009

Gomo Kelate Gomo II

Kelantan Jual Perlawanan?

Sudah terbit berita yang kurang sedap didengar di negeri Cik Siti Wan Kembang tentang pasukan bola sepak The Red Warriors. Ada sesetengah pemain yang didakwa menjual perlawanan pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang
Negeri Sembilan di Bukit Jalil. Siapa dan berapa yang dibayar aku pun tak berapa nak tahu.

Aku yang baru pulang ke Kota Bharu banyak mendengar khabar-khabar angin tentang ada pemain-pemain yang menjual perlawanan. Ya atau tidak, malaslah aku nak bagi komen. Tapi aku berharap sesiapa yang ada berita atau tahu tentang gejala yang mungkin boleh membunuh pasukan ini segera tampil memberi maklumat kepada pihak-pihak berkuasa.

Aku juga menyeru pada pemain yang mana ada mengambil rasuah, silalah bertaubat, hukum dunia nampak ringan sahaja, esok-esok....

Kalau difikir baik-baik, kalau ada pemain Kelantan yang menjual perlawanan, mesti ada yang membeli. Menurut khabar angin yang aku dengar, orang yang membeli adalah orang yang ada pangkat dalam FAM dan berkepentingan untuk Negeri Sembilan. Nilainya bukan sikit, juta-juta...

Khabar angin lain yang aku terima ialah KAFA diugut untuk memberi kemenangan kepada pasukan lawan jika ingin bertanding dalam Liga Malaysia musim depan. Al-maklumlah, KAFA ada beberapa kes tertunggak dengan FAM yang bersangkut paut pasal pembayaran gaji.

Inilah bola sepak...Malaysia.

No comments: