Wednesday, November 18, 2009

Gomo Kelate Gomo I

Hari ini banyak terpampang di dada akhbar tentang final Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Apa yang lebih hebat lagi ialah banyak berita tentang pasukan yang kalah, Kelantan. Berita kekecohan atau mereka yang suka memprovok menggelarnya sebagai keganasan menenggelami berita kemenangan.

Negara kita pernah menerima kritikan daripada media bahawa pasukan bola sepak negara tiada peminat ekoran tiada sokongan daripada rakyat negeri-negeri yang bertanding. Tetapi, landskap bola sepak negara berubah selepas Kelantan layak bertanding dalam Liga Super. Fanatik yang ditunjuk oleh penyokong The Red Warriors membawa kepada kebanjiran peminat di stadium keramat, Stadium Sultan Muhammad IV.

Rata-rata penyokong Kelantan akan membanjiri stadium seawal jam 6 petang untuk memasuki stadium. Mereka biasanya akan berarak beramai-ramai sambil melaungkan tagline keramatnya, GOMO KELATE GOMO. Kelantan juga adalah antara pasukan yang mempunyai penyokong yang menunjukan antara corak sorakan yang menarik untuk di tonton. Sorakan ombak adalah yang paling menarik sekali dan cara ini tiada bagi pasukan lain kerana ombak biasa menarik bila dilakukan ketika stadium penuh dan ternyata stadium di Kelantan sahaja yang penuh.

Situasi ini tidak pernah dilaporkan dalam media massa. Sebab dan asbabnya mungkin mereka dengki dengan pasukan ini yang meningkat naik dan akan menjadi pencabar kepada mana-mana pasukan. Media lebih suka melaporkan berita yang negatif bagi pasukan Kelantan.

Berbalik kepada kekecohan di Stadium Nasional Bukit Jalil, penulis berada di sana pada hari perlawanan dari jam 11 pagi hingga 12 tgh malam. Ini cukup memberi maklumat kepada penulis untuk mencoretkan sesuatu.

*tiada kekecohan dilakukan penyokong Kelantan pada awal pagi hingga petang.
*provokasi bermula dengan penyokong Negeri Sembilan mengingkari arahan polis dengan berarak sambil memukul gendang melintasi lautan penyokong Kelantan. Disinilah bermula adegan membaling botol.
*pihak polis juga perlu bertanggung jawab dalam kejadiam merempuh pagar pada hari itu. Mereka yang ada otak patut membuka pintu kerana keadaan pada masa itu dengan hujan yang lebat pastinya sesiapa pun akan berusaha mencari tempat untuk berteduh. Lembu pun pasti mencari tempat untuk berteduh. Bukan menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung, ikut sahaja arahan pihak atasan. Disuruh jangan buka pintu, patuh sahaja, kalau disuruh makan tahi, barangkali makan agaknya.
*pintu masuk hanya dibuka pada pintu hijau sedangkan ramai yang beratur pada pintu kuning. Ini juga patut dilihat oleh media sebagai satu provokasi pihak-pihak tertentu untuk mencetuskan perasaan marah penyokong. Kalau orang yang berfikir, mereka patut membuka banyak pintu bagi memberi keselesaan kepada penonton masuk. Tidak mungkin mereka tidak tahu bahawa ramai penyokong akan datang pada hari itu. Buta huruf dan buta mata agaknya.

Setakat ini sahaja untuk ini, sudah malas, boring dengan media massa yang bodoh lagi bangang. Menggelar orang tidak bertamadun tapi mereka yang nampaknya seperti itu. Ade aku kesah!!

No comments: