Monday, October 19, 2009

Macam Barai!!!

Aku ader la baca blog member aku ni(Che We)...aku suka sgt satu phrase yg dier tulis...aku nak pinjam leh x?lantak la ko nak bagi ke x...it was stated:
"Rumah Terbakar Nampak Asapnya,Hati Terbakar,???"
4 me, it was sinis lg tulus...sinis tahap giler beb!halus sebesar zarah tp boleh menjadi barah...sape makan cili,telinga korang la berasap...nampak gak asapnya!!!Hrmmm.....macam2...

Sinetron:Dongeng Semut

Dogeng ini bermula di sebuah perkampungan semut di wilayah Semutopia. Di dalam kampung di wilayah pergunungan ini terdapat seekor semut jantan yang cukup tampan, lagi tampan dari Din Beramboi @ Cik Mat Poi. Ketampanannya menjadi kegilaan semut-semut betina di kampungnya. Semut jantan ini dikenali sebagai Satu.Sebab apa nama satu ialah semut ini adalah anak pertama buat Papa & Mamanya.

Oleh kerana mempunyai raut wajah yang tampan, si Satu ni menjadi playboy dan suka berfoya-foya dengan semut-semut betina yang disukainya. Banyak semut-semut betina telah menjadi mangsanya setakat ini, tapi masih belum yang menetaskan telur luar nikah. Bodoh jugalah semut-semut betina di kampung itu.

Oleh kerana dalam wilayah semut itu, tiada pegawai-pegawai yang menjaga hal ehwal kemaksiatan, maka si Satu bebas melakukan apa yang dirasa betul oleh fikiran ceteknya. Satu melakukannya tidak kira masa dan tempat, pagi, petang, siang, malam, di tanah, pasir, pokok, pantai, tapi tidak di dalam air.

Disebabkan si Satu ini acap kali membawa semut betina keluar untuk berfoya-foya, kegiatan tidak bermoralnya menjadi buah mulut semut-semut kampungnya. Ada yang tidak mahu mengambil kisah langsung, ada yang buat-buat buta, tuli dan cacat anggota, ada yang menyokong apa yang si Satu buat dan ada yang tidak bersetuju dengan perbuatan itu.

Kerana hanya ada beberapa ekor sahaja semut yang tidak suka akan perihal si Satu itu, ianya tidak dapat menandingi jumlah semut yang menyokong si Satu. Maka dengan itu jadilah semut yang sikit itu semut minoriti. Semut minoriti ini hanya boleh bercakap diantara mereka sahaja. Mengutuk dan mengeji sikap si Satu yang dianggap mereka sudah berlebih-lebihan.

Akan tetapi, dengan secara tiba-tiba, ketua bagi semut minoriti itu diberi kuasa dan bingkas bangun bersuara. Ketua itu menghalau si Satu dan semut-semut yang lain dari kampung tersebut. Maka berpindahlah si Satu dengan rakan-rakan semutnya yang lain ke kampung lain yang dikenali Tanjung Cicak yang teletak di lembah yang rendah. Walaupun telah berpindah, si Satu masih lagi dengan aktiviti rutinnya itu.

Selepas dari itu, kampung itu tidak lagi menjadi bualan atau ejekan dari kampung-kampung lain berhampirannya. Mereka hidup dalam keadaan yang harmoni untuk selama-lamanya.

Rumah Batu VS Rumah Kayu

Korang mesti tertanya-tanya psl aper aku letak title camtu?aku sendiri pom x tahu psl aper aku pilih tajuk ni...may be psl sifat aku yg sinis kot @ cara aku nak sindir org...sindir ke?ntahla...mane yg terasa aku mitak maaf awal2 lg...
Kalau korang la kan...mane yg korang pilih?Batu@Kayu?aku tgk la...kalu mak aku buat umah kayu,kayu la...kalu batu,batu la...dah tu yg mampu,kan?takkan aku nak menentang aper yg tlh ditakdirkan pd aku...ala, mcm peribahasa melayu la...hujan mas negeri org,hujan batu negeri sendiri, baik negeri sendiri...yeke peribahasa ni?aku pom x tahu...
kadang2 kan...aku heran gak la psl peribahasa ni...ramai yg tahu tp x ramai yg ikut...buat aper nak heran,Al-Quran yg 100% sahih pom x ramai yg ikut...ini pula peribahasa...
Bukan aku nak kate aku ni baik sgt...tp korang pikir la kan...ader gak sesetengah dari kita ni yg susah sgt nak terima takdir...bukan ko lah,org lain...kdg2 kita ni kena la blaja terima aper yg telah ditakdirkan...mane la tahu,esok2 kalu kita dpt bini@laki yg mula2 kita rase dah cantik tp ader kurap ke, panau ker? ke korang dah check dulu g/friend@b/friend korang sblm nikah? yg tu no komen la...masing2 tanggung la...
mungkin korang pikir aper la aku ni,bende mcm ni pom nak tulis...mungkin ader yg kate aku ni kampung la cara b'pikir...aku x amik port pom sbb aku kan duk umah kayu...Hrm...ade aku kesah?

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya

Salam Aidilfitri diucapkan kepada pelayar blog Mine Yourself...Semoga raya tahun ini membawa seribu kemaafan dan kesyukuran...Banyak-banyakkanlah kunjung mengunjung dan bermaafan di hari yang mulia ini...Sekali lagi saya disini mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin.

Monday, September 14, 2009

Demam EPL III

Tiga kategori penyokong bola sepak:

1)Penyokong fanatik Manchester United (MU) yang mengikrarkan sokongan tidak berbelah bagi.

2)Kumpulan penyokong yang membenci MU yang digelarnya ABU (Anything but United/ Apa Saja Selain MU).

3)Kelompok yang mengangkat pemain bola sepak tertentu sebagai idola. Golongan ini tidak setia. Minat mudah berubah mengikut langkah dan hala tuju pemain diminati.

Dua golongan penyokong bola sepak:

1)Minat bola. Minat golongan ini sama seperti pemancing yang mencari lubuk terbaik untuk meraih tangkapan. Mana lubuk yang menjanjikan banyak ikan di situ akan ditujui.

2)Gila bola. Kelompok ini menjadikan bola sepak sebagai sebahagian darah daging. Minat mengatasi kemasyhuran pemain dan kekuatan pasukan secara keseluruhan. Minat ini tidak tergugat biarpun pasukan yang disokong menempah kekalahan.

Tuesday, September 1, 2009

Belasungkawa

Mungkin telah lambat bagi aku untuk mengucapkan selamat menyambut bulan yang penuh kemuliaan Ramadhan. Mungkin aku tiada masa untuk berbuat demikian pada awal ramadhan, atau pun mungkin aku lupa, atau mungkin...entah lah aku sendiri pun tak tahu. Ramadhan kali ini begitu memberi kesan kepada diriku walaupun pada ketika aku menekan papan kekunci ini belum separuh pun kita berpuasa. Ini kerana pada bulan yang begitu mulia inilah aku kehilangan moyang yang amat aku sayangi. Tidak setitik pun air mata ini berderai jatuh membasahi pipi, entahlah kenapa sedangkan hati ini pasti tersentuh bila mendengar berita-berita hiba. Di saat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku berada lebih 200 km jauhnya. Aku cuba untuk pulang menatap wajahnya sebelum jasad kakunya hilang di mamah bumi, tapi apakan daya pecutan 130 km/j keretaku tidak mampu melawan takdir Tuhan yang menentukan bahawa aku antara insan yang kekurangan. Beliau ialah insan yang bersama aku ketika diri ini masih lagi di rahim ibu, tetap setia memandikanku ketika kecil, patuh memanaskan air ketika diri ku merengek kesejukan di kamar mandi, pantas melumurkan bedak manambahkan haba di badan, mesra menyuap nasi ke mulutku, akur menghantar dan mengambilku di pagar sekolah walaupun jaraknya nampak di mata. Tiada lagi wajah tuanya untuk ditatap, tiada lagi ketawa hilainya untuk didengar, tiada lagi kulitnya untuk diusap. Hidupnya di dunia selama 95 tahun memberi peluang kepadaku mengenalnya selama 24 tahun. Pergimu begitu senang, selesa tanpa memberi kesusahan kepada sesiapa. Dirimu bak umpama sebutir mutiara di lautan yang luas yang sukar di cari ganti. Bersemadilah moyangku yang mesra ku panggil "Mok" di alam sana dengan aman, semoga rohmu dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah.

p/s: Bersemadilah dengan aman Membunga Bt Kassim.

Monday, August 17, 2009

Demam EPL II

In conjunction dgn entri sblm ni...aku disini mengisytiharkan bahawa aku telah meletakkan undian mengenai EPL di sebelah:
1) Who will win EPL this season?
2)Who will be the biggest threat to Man Utd this season?

To sape2 yg nak vote, u may do so immediately coz u x perlu nak register dulu...at the end of season, kite tgk btol x team yg korang undi tu...

Friday, August 14, 2009

Demam EPL Kembali

Sebut jer EPL mesti ramai yg tahu kan??kalu x tahu tu, mesti ko bkn kaki bola, kan? ape yg aku nak cakap ari ni psl EPL la...korang mesti tahu yg EPL dah jadi milik Man Utd 4 da 3rd year berturut-turut(bangganya sebagai MU fan)...ase2nya sape la yg jadi pencabar utama MU musim baru ni?(korang bleh vote kat sebelah)...as usual, kaki2 EPL ni mesti cari port2 yg bagus nyer tuk melepakkan diri sambil tgk bola + makan kuaci + teh o ais(satu gelas jer sampai bola abes)...korang mesti ader port2 menarik tuk d kongsi bersama aku kan? aku ader gak port yg menjadi favorite aku...maser kat gombak lu aku selalu lepak kat kedai makan kat kubur(bdak2 uia musti tau nye tempat ni...),tapi skang tmpat tu dah xder dah...aku dengar citer dah t'bakar...kalu kat area kb,aku selalu lepak kat kedai dekat simpang 4 kg. sireh(kedai paling hujung dekat ngan billboard),kitorang panggil kedai pok jeng(PJ)...kalu x kat situ aku lepak kat kedai kat simpang 4 bulatan kijang(dulu roundabout)...ala jln nak ke tesco tu...name kedai tu kedai shukri...tp kedai tu tutup awal la...kalu x 2 tempat tu aku lepak kat stadium jer..kan byk kedai makan kat ctu...kalu kat dungun ni...tah la aku pom x tahu kat ner coz biaser nyer aku lepak kat kolej aku jer...dulu la mase duk kolej, skang duk kat luar x tahu la aku nak cari port mane...pepom aku aser kan season ni Man Utd menang lagi la...catat sejarah kelab pertama menang 4 gelaran EPL b'turut2...haha..jg mare...chow...

Thursday, July 23, 2009

H1N1 (II) : Rahmat @ Bala?

Ader member aku cakap Alhamdulillah sbb kampus kami ditutup 1 minggu pasal selesema babi ni....patut ker dier kate cam tu?ntah la...aku pom x tahu...may be dier excited kot dpt cuti extra...aku pom gumbira....same gak ngan lectuter kat 'U' aku ni...ader yg hepi,ader yg x...fhm2 sajelah...lepas ni mesti kene wat kelas ganti...lam bulan puasa lak tu...bala2...letih asenya...berita penutupan kampus aku menyebabkan kaunter2 tiket bas di bandar dungun di serbu student2 yg nak balik kampung...kalah time raya...aku x t'libat ngan perkara2 ni...aku 'ghost rider'...rahmat bagi aku x yah nak b'sesak2 beli tiket...H1N1 ni menyebabkan aku teringat satu cerita yg aku sendiri alami maser pegi amik mak aku balik buat umrah bln lepas...ader la satu minah tu same flight ngan mak aku dari KL...minah tu pakai penutup mulut & hidung...minah ni disambut oleh famili dier(x kan famili aku lak)...ader la mamat cina sebelah aku ni cakap,"jumpa famili sendiri pom mau tutup2 ka...ini babi punya selesema pom asal sana ma...(KL la...)"...terfikir aku...a'ah la, x kan ngan famili sendiri pom mau tutup...may be dier nak protect family dier kot...pandai kan aku fikir...kan?kan?yg jd bodoh dan bangap ialah mamat cina tu...mau jer aku sound terus kat dier...kalu bukan dier yg mkn BAB!, x kan ader binatang tu kat negara ni...buat aper bela...buka ader pekdahnya...bala ader la...

p/s: article above doesn't show that the blogger is racist.

H1N1 (I)

Walaupun dier x der leher...bukan dier yg patut dipersalahkan...
Walaupun dier b'kaler pink...bukan dier yg patut dipersalahkan...
Walaupun dier b'kaki pendek...bukan dier yg patut dipersalahkan...
Walaupun dier HARAM... bukan dier yg patut dipersalahkan...

So...Sape??

Wednesday, July 15, 2009

Mungkir Munafik

May b ramai yg tertanya2 psl tajuk entri kali ni..yelah mungkir munafik? apsal tajuk ni dipilih?aku pom x tahu..aku t'pkir psl tajuk ni slps aku sedia maklum bahwa aku x dpt kolej kat universiti aku..ader member aku cakap tajuk kali ni bleh wat tajuk drama kat TV3...aku senyum jer...mungkin ianya kedengaran sinis tapi bagi aku, setiap org yg berjanji patut menunaikan janjinya...

berbalik pasal aku x dpt kolej ni...lame gak la aku bengang psl ni...dulu aku nyer VC ader datang kat kampus aku bagi ucapan antara ucapannya:

"Warga U***(terpaksa sensor) yg saya sayangi, pihak universiti berasa bangga kerana mempunyai pelajar yg komited dan cemerlang belajar di sini..oleh yg sedemikian, kami merasakan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menyediakan kemudahan kolej kepada setiap pelajar yang layak berdasarkan syarat2 yang telah ditetapkan."

Student pom per lagi...tepuk tangan la ramai2..dah VC sendiri berjanji...x kan mungkir plak..ke guane?(kate org t'gannu). Antara syarat2 nyer ialah GPA mestilah >2.3 dan tiada kes2 yang besar...

yang jd munafiknya, bila keputusan student yg dpt kolej n yg x dpt kolej keluar...ramai student2 kat kampus aku ni berdosa...asal x nyer?mulut sorang2 dah macam pu**mak...abes sume org di sumpah seranah..biaser ler angin muda kan?heh! sape x marah beb, janji tinggal janji...aku pom aper kurangnya..men'double,triple'kan dosa2 yang sedia bergunung...abes sume org aku bantai, lebih2 lagi bdak MPP,JTK dan ader la KIK sikit sebanyak..yes!kene gak la sikit sorang...pedas gak la telinga diorang...

lame2..aku pom dah ok la..dah duk umah sewa skang..murah mahal lain citer...janji hepi! aku duk umah ni pom rmai2,ader la lam 8 org...kitorang dah tubuh team futsal name Mak Ngah FC sempena name tuan rumah yang kitorang sewa...sape2 nak lawan meh la...

So,aku nak berpesan sikit la pada korang sumer, jangan la kkita suka sgt tabur janji tu janji ni kalu x dpt nak kota...bkn per, dosa beb!! pastu bleh jadi munafik...sbb ciri2 org munafik ni yg berjanji tp x dikota...aku bukan nak kate aku bagus sgt,tp nasihat menasihati ni kan satu akhlak yg mulia lagi terpuji...aku x kesah sgt kalu yg berjanji tu cina ke..india ker...tp melayu muslim yg mengaku tiada tuhan disembah melainkan Allah & Muhammad itu pesuruhNya...

pepe pom..bukan niat aku nak kutuk sape2, cuma kita saling ingat mengingati sesame insan. kan? akhir kata sape makan cili dier terasa pedas...pe lagi, cepat2 la minum air...(tobat la tu, x fhm2!!)

Saturday, July 4, 2009

latest - Kedudukan Liga Super

Where has the money gone to?

"Bayaran yang dibuat Petronas kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 1976 ialah RM300 juta. Nilainya meningkat kepada RM2 billion pada 1981.Pada tahun 2003 Petronas membayar RM15.6 billion kepada kerajaan. Jumlah bayaran dari tahun 1981 hingga 2003 ialah RM168.8 billion dalam masa 22 tahun.

Bayaran Petronas meningkat dari RM19 billion pada 2004 menjadi RM67.8 billion pada 2009. Jumlah bayaran bagi 6 tahun ialah RM253.6 billion." - di translate dari blog TDM

1. Adakah kita tahu kemana perginya RM 168.8 billion semasa era pemerintahan TDM? Yes! Everybody should noe it...He build KLCC, KL Tower, F1 Sepang, KLIA, KL Sentral, LRT, Monorel, Langkawi, Sukhoi, dan banyak lagi pembangunan yang di beri kepada Malaysia.

2. Adakah kita tahu kemana perginya RM 253.6 billion sepanjang 6 tahun pemerintahan TAAB? Majoriti of rakyat Malaysia x nampak apa yang di buat olehnya semasa berkuasa melainkan perasmian projek2 wilayah pembangunan, pembatalan jambatan bengkok, isu KLIA@Labu, Landasan Keretapi berkembar, Scomi, ECM Libra dan banyak lagi keputusan2 yg flip-flop.

3.Agak2nya berapa yg KJ dapat?

Tuesday, June 30, 2009

latest - KEDUDUKAN LIGA SUPER

Thursday, June 25, 2009

KEM JERAM MENGAJI

Hah???Dat's was da 1st word come out drpd mulut aku bila di tanya kat ner Jeram Mengaji..Aku diminta utk go there n install banner 4 satu kem remaja kat sana...bila aku tanya balik kat ner tempat tu...org yg suh aku pegi pasang banner tu pom x tahu gak..yang dier tahu kem tu kat kelantan n dlm daerah pasir puteh n dekat ngan bukit abal...lam kul 11 mlm 24 june 2009...aku meredah suasana keheningan kota bharu menghala ke kem jeram mengaji yg aku & 3 lagi member aku kat lam keta have no idea where it is..1st thing in my mind b4 sampai kat simpang nak masuk ke selising dari kok lanas is to fill up da car gas...pepe pom minyak kene ader beb...x pasal2 mampus plak keta aku tgh2 mlm kat tgh2 hutan tu..maunya datang...eiiiii......lam kul 12 tgh mlm aku tiba kat satu sign board yg tertulis Kem Jeram Mengaji, dier nyer arrow menghala ke arah bukit yg bagi aku begitu jauh sekali...jln yang begitu sempit dikelilingi oleh belukar tebal & di selang selikan oleh rumah2 org terpaksa ku redah demi kerja ini...semakin jauh aku masuk ke dalam semakin jarang rumah org kelihatan,semakin tebal belukar kat kiri & kanan yg aku rase dah jd hutan..semakin gelap suasana malam dan semakin cuak dalam hati... kol 12 lebih beb!!tgh hutan plak....selepas menempuh jalan yg meng'cuak'kan...ader la lam 5 km,keta ku terhenti pada satu anak sungai...jalan mati ke?keta dah x leh nak lalu dah...aku ase cam nak give up jer time tu...tp kan ader la member aku ni pegi kat sungai check kedalaman airnya...ader la kat buku lali...aku pom per lagi...meng'endurance'kan kancil EX850 tu sampailah aku arrived kat pintu pagar kem tu yg terletak kat lereng bukit...walaupun mlm begitu pekat...aku dapat rase ketenangan suasana dan keindahan panoramanya..tu yg buat aku surf kat internet tuk cari gambar kem ni waktu siang harinya...korang tgk lah sendiri...memang cantik...