Monday, October 19, 2009

Sinetron:Dongeng Semut

Dogeng ini bermula di sebuah perkampungan semut di wilayah Semutopia. Di dalam kampung di wilayah pergunungan ini terdapat seekor semut jantan yang cukup tampan, lagi tampan dari Din Beramboi @ Cik Mat Poi. Ketampanannya menjadi kegilaan semut-semut betina di kampungnya. Semut jantan ini dikenali sebagai Satu.Sebab apa nama satu ialah semut ini adalah anak pertama buat Papa & Mamanya.

Oleh kerana mempunyai raut wajah yang tampan, si Satu ni menjadi playboy dan suka berfoya-foya dengan semut-semut betina yang disukainya. Banyak semut-semut betina telah menjadi mangsanya setakat ini, tapi masih belum yang menetaskan telur luar nikah. Bodoh jugalah semut-semut betina di kampung itu.

Oleh kerana dalam wilayah semut itu, tiada pegawai-pegawai yang menjaga hal ehwal kemaksiatan, maka si Satu bebas melakukan apa yang dirasa betul oleh fikiran ceteknya. Satu melakukannya tidak kira masa dan tempat, pagi, petang, siang, malam, di tanah, pasir, pokok, pantai, tapi tidak di dalam air.

Disebabkan si Satu ini acap kali membawa semut betina keluar untuk berfoya-foya, kegiatan tidak bermoralnya menjadi buah mulut semut-semut kampungnya. Ada yang tidak mahu mengambil kisah langsung, ada yang buat-buat buta, tuli dan cacat anggota, ada yang menyokong apa yang si Satu buat dan ada yang tidak bersetuju dengan perbuatan itu.

Kerana hanya ada beberapa ekor sahaja semut yang tidak suka akan perihal si Satu itu, ianya tidak dapat menandingi jumlah semut yang menyokong si Satu. Maka dengan itu jadilah semut yang sikit itu semut minoriti. Semut minoriti ini hanya boleh bercakap diantara mereka sahaja. Mengutuk dan mengeji sikap si Satu yang dianggap mereka sudah berlebih-lebihan.

Akan tetapi, dengan secara tiba-tiba, ketua bagi semut minoriti itu diberi kuasa dan bingkas bangun bersuara. Ketua itu menghalau si Satu dan semut-semut yang lain dari kampung tersebut. Maka berpindahlah si Satu dengan rakan-rakan semutnya yang lain ke kampung lain yang dikenali Tanjung Cicak yang teletak di lembah yang rendah. Walaupun telah berpindah, si Satu masih lagi dengan aktiviti rutinnya itu.

Selepas dari itu, kampung itu tidak lagi menjadi bualan atau ejekan dari kampung-kampung lain berhampirannya. Mereka hidup dalam keadaan yang harmoni untuk selama-lamanya.

2 comments:

Aizuddin Jaafar said...

Lain macam je cerita ni bro.

nikaizat said...

orang makan lada dier la terasa pedasnya.