Saturday, January 9, 2010

Dunia Pancing



1. Sepanjang cuti semestar tahun lepas, aku sekali lagi menjadi seorang nelayan tegar. Bangun pagi, celik mata, terus ke sungai. x kisahlah memancing atau memukat. Boleh dikatakan hari-hari jadual harian ku x berubah.
2. x bosan ke? Rmai yg bertanya aku soklam camni...aku dengan bangga menjawab,"dah dunia aku dunia memancing, nak buat macam mana".
3. Ramai yang memandang serong aktiviti aku dan rakan2 yang sedunia denganku. Ramai yang mengatakan bahawa aku ini membuang masa memancing, bukannya dapat byk ikan pom, setakat sekor 2 tu buat hape!!
4. Dalam dunia mereka yang tidak kesedaran itu, mereka x tahu yang pasaran ikan air tawar begitu tinggi. Nilai sekor ikan toman mencecah RM 25/kg. Bayangkan kalau aku dpt sekor yg berat hanya 1/2 kg, dah RM 12.50 dah. Tu untuk sekor, belum lagi untuk jenis ikan2 lain seperti keli, patin, belida dll.
5. Biarlah hape org nak kata, asalkan aku bahagia dengan dunia aku sebagai pemancing ikan yg tegar. Bukannya kami mencuri pom, hanya mencari rezeki dari Yang Maha Pemurah. Amin.

2 comments:

Kimizo said...

peh, besarnya ikan tu
ikan patin kan tu?

nikaizat said...

Kimizo, ikan belida la... bukan ikan patin...