1. Dalam kita menjalani kehidupan seharian, kita tidak boleh lari dari membuat sesuatu keputusan. Apa yang penting ialah, sesuatu keputusan yang dibuat itu haruslah dan mestilah difikir dengan sedalam-dalamnya. Ini supaya keputusan yang kita lakukan tidak akan dipertikai oleh mana-mana pihak.
2. Jika hari ini kita membuat keputusan A, maka keputusan A itu mestilah keputusan yang terbaik dan tidak memerlukan kita untuk menukarnya lagi. Jika kita menukar keputusan yang kita buat itu, maka akan timbul satu masalah yang berkaitan dengan integriti.
3. Integriti seseorang itu akan dipertikai sekiranya sering melakukan keputusan yang berbeza atau menukar keputusan. Keputusan yang bertukar itulah dikenali sebagai flip-flop.
4. Sebagai contoh, kita tidak perlu untuk pergi jauh untuk memahaminya, cukup sahaja melihat apa yang berlaku di dalam negara kita. Yang terbaru ialah keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan pemegang konsesi lebuh raya untuk menaikkan kutipan tol. Hari sebelumnya, kerajaan mengeluarkan pernyataan bahawa syarikat konsesi lebuh raya dibenarkan untuk menaikkan tol, tetapi setelah mendapat maklum balas awam, keputusan itu bertukar.
5. Hal ini jelas menyebabkan integriti kabinet yang membuat keputusan itu akan dipertikai oleh ramai pihak. Walaupun keputusan itu dilihat sebagai baik untuk rakyat, tetapi hal ini akan diambil kesempatan oleh pelbagai pihak untuk mempertikaikan kemampuan kabinet itu sendiri.
6. Keputusan flip-flop kerajaan ini adalah bukan perkara baru, kerana ianya telah terlalu banyak didengar atau di baca. Jika kita imbas kembali pada awal pemerintahan Pak Lah beliau telah banyak membuat keputusan yang akhirnya ditukar.
7. Antaranya ialah berkenaan dengan jambatan yang menggantikan tambak johor, projek landasan keretapi elektrik, KLIA@Labu dan lain-lain.
8. Ini memberi persoalan kepada rakyat apa yang sebenarnya dilakukan oleh kabinet semasa mereka bermesyuarat. Keputusan flip flop ini membenarkan perkhabaran bahawa pemerintahan Pak Lah adalah yang paling lemah sekali semasa Barisan Nasional berkuasa.
9.Semoga April ini dapat mengembalikan kabinet yang tidak akan membenarkan rakyat mendengar bunyi flop selepas flip. Selamat Bersara Pak Lah.

No comments:
Post a Comment